NATIONAL

'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi

Pia Ernadya 17/04/2024 | 08:21 MYT
Lim memberi peringatan mesra kepada Rafizi berhubung jemputan beliau untuk muncul dalam program audio siar seperti yang dicadangkan sebelum ini.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast berjudul, Ýang Bakar Menteri'.
Menurut Lim dalam satu ciapan di Facebook pada Isnin, dia turut berkongsi gambar artikel Rafizi, yang merupakan Menteri Ekonomi, itu sambil bertanyakan bila jemputan itu bakal berlangsung.
Ramadan 2024 dah lepas. Bila nak buat podcast seperti yang dijanjikan?", soal Lim.
Peringatan mesra itu lagi sekali diingatkan apabila Lim membuat satu ciapan ringkas di Facebook pada Rabu.
Bila boss?.
Pada 5 Mac yang lalu, Rafizi, membidas Lim yang mempersoalkan tindakan Rafizi menangguhkan pertemuan audio siar antara mereka.
“Lim Sian See ni ada sedikit entitlement. (Dia ingat) dialah manusia paling penting dalam dunia ni, sebab dia orang penting kem Najib (Razak) dulu," kata Rafizi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Rafizi Ramli #podcast Yang Bakar Menteri #Lim Sian See #Facebook