awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bila nak buktikan saya ambil untung dari skandal forex? - Anwar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/06/2020
08:00 MYT
Bila nak buktikan saya ambil untung dari skandal forex? - Anwar
Anwar berkata, beliau konsisten dengan pendirian bahawa beliau sendiri telah mengarahkan Bank Negara untuk menghentikan urus niaga itu sebelum keadaan menjadi teruk. - Gambar fail
Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mengulangi gesaan untuk membuka kembali kertas siasatan berhubung kehilangan dana negara akibat urus niaga tukaran mata wang asing (forex) sekitar 90an.
Dalam sesi langsung di Facebooknya, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau sering kali berucap di Parlimen sewaktu menjadi Ketua Pembangkang agar siasatan harus diteruskan, bagi mengenal pasti punca sebenar kehilangan yang dikatakan mencecah RM30 bilion itu.
Tambah beliau lagi, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lepas sepatutnya mengambil inisiatif menubuhkan pasukan siasatan atau membuat kajian mengenai isu tersebut.
“Semasa saya menjadi ketua pembangkang (dahulu) saya berucap di parlimen, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib sering bangkitkan soal forex.. (tetapi) tidak ada pun kajian, tidak ada pun arahan untuk meneliti masalah ini, yang menyebabkan kerugian besar,” katanya lagi.
Anwar berkata, beliau konsisten dengan pendirian bahawa beliau sendiri telah mengarahkan Bank Negara untuk menghentikan urus niaga itu sebelum keadaan menjadi teruk.
Malah, ujarnya lagi, beliau mencabar untuk mereka membuktikan tohmahan bahawa beliau meraih keuntungan dari urus niaga itu, sama ada berbentuk saham bumiputera, tanah kerajaan, konsesi balak, atau apa jua kontrak.
Skandal forex merupakan kerugian isu urus niaga pertukaran wang asing sekitar RM31.5 bilion antara 1991 hingga 1994 oleh Bank Negara sewaktu Malaysia dipimpin perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Bank Negara
#Barisan Nasional
#forex
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#Parlimen
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#siasatan
#skandal forex
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan