Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Bila sekolah dibuka? Tunggu mesyuarat Kabinet esok...

Astro Awani 09/06/2020 | 11:39 MYT
Keputusan mengenai pembukaan semula sesi persekolahan hanya akan diketahui selepas Mesyuarat Jemaah Menteri esok. - Gambar hiasan
Keputusan mengenai pembukaan semula sesi persekolahan hanya akan diketahui selepas Mesyuarat Jemaah Menteri esok.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berharap semua pihak bersabar dan menunggu keputusan yang akan diumumkan selepas mesyuarat berkenaan.

Beliau berkata, sejurus selepas keputusan dibuat, kementerian yang terlibat dalam urusan persekolahan akan mengambil tindakan selanjutnya.

"Setakat ini memang ada perbincangan tetapi keputusan perbincangan tersebut akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet esok. Selepas itu akan dibuat pengumuman.

"Jadi kita tunggulah mesyuarat itu dan selepas itu tindakan akan disusuli oleh kementerian-kementerian terlibat," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Selasa.



#COVID19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kabinet #kesihatan #menteri #Noor Hisham Abdullah #sekolah