PUTRAJAYA: Bilangan penganggur berkurangan pada April tahun ini dengan pengurangan 0.3 peratus kepada 586,900 orang berbanding 588,700 orang bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat.
Dalam siaran Statistik Tenaga Buruh Malaysia bagi April 2023 yang dikeluarkan pada Jumaat, DOSM berkata kadar pengangguran pada April tahun ini pada 3.5 peratus, tidak berubah dari Mac 2023.
Menurut DOSM bilangan tenaga buruh pada April tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.84 juta orang berbanding 16.81 juta orang pada Mac.
"Sehubungan itu, kadar penyertaan tenaga buruh naik sebanyak 0.1 mata peratus kepada 70.0 peratus (Mac 2023: 69.9 peratus), menunjukkan lebih banyak penyertaan buruh dalam pasaran," katanya.
DOSM turut melaporkan perbandingan bulan ke bulan menunjukkan jumlah penduduk bekerja kekal pada trend positif pada April 2023 dengan peningkatan sebanyak 0.2 peratus merekodkan 16.25 juta orang berbanding 16.22 juta orang pada Mac.
Menurut DOSM, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun terus berkurangan bagi enam bulan berturut-turut dengan penurunan bulan ke bulan sebanyak 0.1 mata peratus kepada 11.1 peratus, merekodkan bilangan penganggur belia seramai 315.6 ribu orang berbanidng 317.3 ribu orang pada Mac.
Jabatan itu berkata bilangan penduduk di luar tenaga buruh pada April 2023 mencatatkan penurunan sedikit iaitu sebanyak 0.03 peratus kepada 7.23 juta orang berbanding Mac.
DOSM berkata pasaran buruh dijangka berkembang sederhana pada bulan-bulan akan datang berikutan ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang secara sederhana.
"Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang positif pada 2023, walaupun pada kadar yang lebih perlahan berbanding pada 2022.
"Ini disokong oleh faktor-faktor seperti permintaan domestik yang berterusan, kedudukan pasaran buruh yang lebih baik, trend inflasi yang lebih stabil, dan pemulihan ketibaan pelancong, dengan aktiviti pelancongan yang semakin rancak dijangka akan memberikan kesan positif kepada pertumbuhan sektor pelancongan dan industri berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023
DOSM berkata kadar pengangguran pada April tahun ini pada 3.5 peratus, tidak berubah dari Mac 2023. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.
Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.
Selangor pertimbang tubuh jabatan data, mantapkan perancangan pembangunan negeri - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia menimbangkan cadangan menubuhkan sebuah jabatan bagi mengumpul dan mentafsir data terkini pelbagai sektor berkepentingan untuk memantapkan perancangan pembangunan negeri.
Pengukuhan ekonomi Suku-3 letak Malaysia di landasan pertumbuhan 4.8-5.3 peratus pada 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
Permintaan tenaga buruh catat bilangan tertinggi pada suku ketiga 2024 - DOSM
Permintaan tenaga buruh pada suku ketiga tahun ini mencatatkan bilangan tertinggi sejak kali terakhir direkodkan pada 2018, iaitu dengan penawaran sebanyak 9.01 juta jawatan.
Ketirisan subsidi harus ditangani menerusi data tepat DOSM - PM Anwar
Kebocoran atau ketirisan subsidi yang disalurkan kerajaan kepada rakyat, harus ditangani menerusi bantuan maklumat dan data tepat yang diusahakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak meningkat 21.1 peratus pada 2023
Kesalahan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak pada 2023 mencatatkan peningkatan 21.1 peratus.
DOSM rai 75 tahun perkhidmatan statistik bersama rakyat
Sambutan ulang tahun ini melambangkan pencapaian penting sepanjang tiga suku abad DOSM berkhidmat kepada negara, menyajikan statistik yang mendalam mengenai ekonomi, sosial, dan budaya masyarakat.
Harga eksport Malaysia susut 0.6 peratus kepada 149.3 mata pada September - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada September 2024susut 0.6 peratus kepada 149.3 mata daripada 150.3 mata pada bulan sebelumnya manakala harga import jatuh 1.9 peratus kepada 127.1 mata.