KANGAR: Sekolah Kebangsaan Jejawi di sini menggunakan bahan kitar semula dan kreativiti untuk menghasilkan sebuah bilik seakan-akan berada dalam kapal angkasa.
Guru Besar SK Jejawi, Zairi Bakar berkata, bilik yang dinamakan sebagai ‘Alpha Aerospace’ itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.
Katanya, dengan keberkesanan seni mural selain faktor seperti pencahayaan berperanan menghasilkan ilusi yang seolah-olah dalam kapal angkasa.
"Bilik ini dilengkapi dengan meja komputer, meja menulis, pentas untuk persembahan dan pembentangan serta papan putih untuk pengajaran," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Menurutnya, kemudahan itu mula digunakan secara optimum sejak awal tahun ini.
"Ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk guru dan mereka yang menubuhkan pasukan untuk menjaga kekuatan sekolah yang mana kita akan wujud bilik sebegini," katanya.
Guru Sains, Mazlina Khalid berkata, mereka menggunakan speaker terpakai serta meja murid yang rosak dan kerusi makmal yang patah dipateri semula.
"Harapan kami agar kelas ni dapat dijadikan suatu kelas untuk pembelajaran murid dan konsep angkasa lepas yang kami pilih sebenarnya kami nak membawa pelajar ke sana merasai suasana di angkasa lepas," katanya.
Mazlina menambah, bilik ini turut dijadikan sebagai bilik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang mampu memuatkan sebuah kelas dalam satu-satu masa.
Murid tahun 6, Adam Aiman Mohd Nazri berkata, suasana bilik berkenaan seperti angkasa lepas dan dapat merasai pengalaman seperti berada di sana.
"Saya suka sangat bilik ni dia sejuk, tertutup, mudah untuk belajar dan juga ada komputer riba serta semua benda yang disediakan memang sesuai untuk belajar," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 04 2022
Zairi (dua dari kanan) bergambar bersama Pengarah Pendidikan Perlis, Naharudeen Othman (tiga dari kanan) di salah satu ruangan dalam bilik Alpha Aerospace. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.