Billboard guna gambar babi? Apa yang anda nampak?

Madiha Abdullah
Julai 5, 2015 06:54 MYT
Wombat merupakan maskot syarikat Servcorp yang berpangkalan di Australia.
Heboh di laman sosial sejak semalam tentang sebuah iklan hari raya yang dipaparkan di sebuah billboard di Jalan Bukit Bintang.
Apa yang menjadi perbualan adalah imej gambar di billboard tersebut yang menampakkan seolah-olah seekor khinzir memberi ucapan Selamat Hari Raya.
Turut dipaparkan di skrin billboard berkenaan adalah nama syarikat Servcorp beserta nombor telefon syarikat terbabit.

Please check blog Iklan billboard Selamat Hari Raya Gambar Babi http://t.co/pTrHhFgv67

— Hanif (@hanifidrus) July 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BREAKING NEWS !!! KUALA LUMPUR DI SERANG BABI ???: Satu billboard yang memaparkan seekor binatang seolah-olah ... http://t.co/klt5KxJGBp

— taiPaNMaStER (@taipanmaster) July 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Seekor babi menjadi feymes apabila wajahnya terpampang di billboard sekitar KL malam tadi (Belum sahih babi ke semut) pic.twitter.com/1LiZCZRxH4

— lordfikr (@lordfikr) July 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

PANAS!!!! Terkesan di kawasan Bukit Bintang KL. Sebanyak 20 billboard memaparkan Babi Bersongkok dengan Ucapan... http://t.co/5DmFPyjWOd

— Gerakan153 (@gerakan153) July 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

kecoh harini pasal babi pakai songkok wish hari raya dekat billboard. padahal a quick google search will reveal that it's a frikking koala

— Hudjiroh (@hoodxvii) July 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun apa yang terjadinya sebenarnya adalah salah faham kerana imej khinzir yang terpapar itu sebenarnya seekor wombat.
Wombat merupakan maskot syarikat Servcorp yang berpangkalan di Australia.
Perkara tersebut boleh dilihat menerusi satu video korporat yang boleh ditonton di laman rasmi syarikat tersebut.
Video korporat Sevcorp memaparkan wombat sebagai maskot.
Servcorp merupakan sebuah syarikat pembekal ruang suite eksekutif dan konsep pejabat maya. Ia ditubuhkan pada tahun 1978.
#Babi #Hari Raya 2015 #Servcorp #Wombat