KUALA LUMPUR: Orang awam yang menjalankan ujian kendiri COVID-19 perlu dibimbing oleh pengamal perubatan semasa menjalankan ujian tersebut bagi mendapat keputusan yang tepat.
Timbalan Pengarah Institut Kajian, Pembangunan dan Inovasi, International Medical University (IMU) Prof Dr Azizi Ayob berkata walaupun secara umum manual yang disediakan dalam kit ujian kendiri mudah difahami, namun orang awam masih perlu mendapatkan pandangan daripada pakar mengenai teknik yang betul bagi mengelakkan berlaku keputusan negatif palsu mahupun positif palsu.
"Ini kerana dalam sebarang ujian kemungkinan berlaku kesilapan adalah tinggi iaitu ketika pengambilan sampel air liur, menjalankan ujian dan juga sewaktu intepretasi keputusan. Jadi bagi mengurangkan kesilapan ini bimbingan masih perlu diberikan," katanya kepada Bernama.
Beliau turut menyarankan supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkatkan kesedaran mengenai kaedah penggunaan kit ujian kendiri COVID-19 yang betul, bagi memastikan keputusan yang diterima tepat dan prosedur keselamatan tidak diabaikan.
Selain itu, beliau berkata walaupun bersifat kendiri, pengguna juga perlu dididik mengenai langkah keselamatan dan kebersihan semasa menjalankan ujian supaya tiada individu lain yang terdedah memandangkan pengendalian sampel itu melibatkan virus yang berbahaya dan boleh membawa maut.
Dr Azizi berkata kaedah keselamatan tidak perlu terlalu rigid seperti memakai peralatan perlindungan diri (PPE) sebagaimana diamalkan di hospital dan klinik namun perlu memastikan individu yang menjalankan ujian tidak menjadi punca infeksi kepada orang lain.
"Ini termasuk mengurangkan pendedahan kepada umum dengan menjalankan ujian di bilik khas, memakai sarung tangan dan pensaniasi tangan serta melupuskan kit ujian dengan cara terbaik bagi memastikan virus tidak merebak.
"Oleh kerana ujian ini dilakukan di rumah masing-masing, cara yang praktikal untuk pelupusan ialah dengan menggunakan dua lapisan plastik sampah bagi setiap individu dan dibungkus dengan ketat sebelum dibuang," katanya.
Bagaimanapun, Dr Azizi berkata tiada arahan yang spesifik dikeluarkan untuk kit ujian ini sebagaimana yang dilakukan oleh premis makmal dan kesihatan iaitu kesemua bahan ujian klinikal perlu mematuhi keselamatan kaedah penghapusan yang ditetapkan.
Dalam pada itu beliau berkata orang awam perlu mempunyai disiplin kendiri yang tinggi terutama apabila mendapat keputusan ujian positif COVID-19 dengan memaklumkan kepada pihak berwajib, membuat pengesanan kontak dan menjalankan isolasi.
Dr Azizi yang juga Presiden Ikatan Pertubuhan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) meminta pesakit melaporkan terus kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, klinik atau hospital berdekatan sekiranya gejala bertambah teruk untuk mendapatkan rawatan segera.
Sementara itu, Pakar Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Am, Hospital Pakar Kasih Cyberjaya, Dr Hanafiah Bashirun pula mencadangkan KKM mengeluarkan video manual kaedah dan langkah keselamatan menggunakan kit ujian itu sebagai gambaran lebih jelas kepada orang awam.
Beliau juga beranggapan kit ujian kendiri ini dapat membantu meringankan beban pihak hospital, klinik dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang berdepan dengan ratusan ribu sampel yang perlu diproses setiap hari.
Dr Hanafiah juga mahu kerajaan mengawal pembelian kit ujian secara dalam talian bagi memastikan hanya produk yang mendapat kelulusan KKM dijual kepada umum.
"Ini bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan apabila permintaan kit ujian kendiri ini meningkat kelak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 03 2021
Salah satu daripada kit ujian kendiri yang boleh dibeli iaitu 'Gmate COVID-19 Rapid Antigen Test' buatan Korea yang dijual dengan harga RM36 satu set, ketika tinjauan BERNAMA di Ipoh, 28 Julai, 2021. --fotoBERNAMA
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Kes bunuh pelajar vokasional: Mangsa dipaksa mengaku mencuri - Pegawai polis
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, yang ditemukan mati pada Mac lepas, dipaksa mengaku mencuri selepas dipukul.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.
Individu rugi lebih RM1.6 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang individu di Gombak kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Guru besar digalak pastikan murid duduki ujian penilaian kemasukan ke YSISS
Guru besar sekolah rendah di seluruh Sarawak diminta agar memastikan anak-anak murid mereka menduduki ujian penilaian secara dalam talian bagi kemasukan ke YSISS.
Pegawai kanan syarikat penerbangan didakwa gagal lapor kes diberi suapan RM1,000
Tertuduh didakwa telah diberi suapan daripada seorang lelaki tempatan melalui pindahan wang secara dalam talian.
Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baharu
Tiada tangkapan baharu dilakukan berkaitan kes culik seorang ahli perniagaan di sini pada 13 Okt lepas, kata Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian.
Polis tahan dua lelaki tanam 143 pokok ganja
Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan merampas kira-kira 1.7 kilogram ganja serta 143 pokok ganja dianggarkan bernilai RM3.6 juta.
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.
Daftar Pemilih Tambahan Julai 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2024 (DPT BLN7/2024) telah diperaku dan diwartakan pada Rabu dan semakan dibuka selama 30 hari.