awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bina struktur kuil sementara tanpa kelulusan, DBKL keluar notis penguatkuasaan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/04/2025
10:20 MYT
Bina struktur kuil sementara tanpa kelulusan, DBKL keluar notis penguatkuasaan
DBKL menjelaskan struktur sementara tersebut adalah untuk kegunaan peribadi pemilik dan bukan untuk awam. -Foto fail
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan beberapa notis penguatkuasaan terhadap pembinaan sebuah struktur kuil sementara di Lot 205 (PT 200), Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, di sini, yang dilaksanakan tanpa kelulusan.

Ringkasan AI
  • DBKL mengeluarkan notis penguatkuasaan terhadap pembinaan struktur kuil sementara tanpa kelulusan.
  • Struktur sementara tersebut adalah untuk kegunaan peribadi pemilik dan akan dialihkan.
  • Pemilik diarahkan mengemukakan permohonan kebenaran merancang secara rasmi.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, notis tersebut antaranya dikeluarkan di bawah Akta 267 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, termasuk arahan henti kerja dan tindakan 'seal' terhadap struktur sementara berkenaan.
Jelasnya, tapak tersebut merupakan milik persendirian.
"Kemudian, hasil semakan di tapak mendapati kerja pembinaan struktur sementara tersebut telah dihentikan.
"Hasil perbincangan DBKL dengan pemilik pada 7 April lalu, dimaklumkan bahawa struktur sementara itu adalah penempatan sementara (tidak kekal) bagi dewa-dewa kuil kecil sedia ada, susulan kerja-kerja pembangunan semula tapak sebagai kompleks komersial," kata DBKL dalam kenyataan, hari ini.
Majlis perbandaran itu menambah bahawa struktur sementara tersebut adalah untuk kegunaan peribadi pemilik dan bukan untuk awam.
Katanya, pemilik turut memberi jaminan bahawa struktur sementara tersebut akan dialihkan dan mereka akan mematuhi semua peraturan DBKL.
Dalam masa sama, DBKL telah mengarahkan pemilik untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang secara rasmi untuk pertimbangan.
Topic Berkaitan
#DBKL
#tapak kuil
#struktur kuil sementara tanpa kelulusan
#Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan