awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman buaya ketika banjir paksa penduduk berpindah ke PPS
Piala Super Sepanyol: Barcelona mara ke final dengan bergaya, idam aksi El Clasico
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang Vincenzo, Song Joong-ki umum kelahiran anak lelaki

Agensi
Agensi
15/06/2023
11:24 MYT
Bintang Vincenzo, Song Joong-ki umum kelahiran anak lelaki
Song mengumumkan kelahiran bayi lelaki itu dengan memuat naik sekeping foto di laman sosial. - Foto Instagram/@hi_songjoongki
BINTANG Vincenzo dan The Descendants Of The Sun, Song Joong-ki menimang cahaya mata pertamanya bersama isteri, Katy Louise Saunders.
Pelakon popular Korea itu mengumumkan kelahiran bayi lelaki itu dengan memuat naik sekeping foto di laman sosial.
“Hari ini, saya ingin memberitahu anda satu berita gembira yang dirasakan seperti mimpi.
“Kami menyambut kelahiran bayi lelaki kami di Rom, kampung halaman isteri saya. Kedua-dua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat dan kami sekeluarga sangat bersyukur.
"Bayi ini hadiah paling berharga buat kami, kerana inilah impian terbesar kami, iaitu memiliki sebuah keluarga bahagia. Saya rasa ini juga berkat doa dan sokongan anda semua," tulisnya.
Agensi Song bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dengan tepat tarikh kelahiran bayi itu.
Song mengumumkan perkahwinannya dengan Saunders pada Januari 2023, selepas berminggu-minggu spekulasi susulan penampilan wanita itu dalam satu acara di Singapura.
Menurut saluran media Korea Dispatch, pasangan itu bertemu di Itali semasa Song sedang menjalani penggambaran siri drama popular Vincenzo.
Topic Berkaitan
#Song Joong-ki
#Korea Selatan
#anak lelaki
#Katy Louise Saunders
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan