MALAYSIA
BioInnovation Launchpad 2025: Dorong pengkomersialan berasaskan bioteknologi
Chang berkata inisiatif itu diperkenalkan bagi menangani kadar pengkomersilan penyelidikan yang masih rendah di negara ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Khamis melancarkan BioInnovation Launchpad 2025, sebuah program pembangunan keusahawanan yang bertujuan memperkukuh usaha pengkomersialan inovasi berasaskan bio dan bioteknologi di Malaysia.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, berkata inisiatif itu diperkenalkan bagi menangani kadar pengkomersialan penyelidikan yang masih rendah di negara ini.
Menurut kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2025, kurang daripada 10 peratus hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) universiti berjaya dikomersialkan disebabkan kekangan dana, kemahiran keusahawanan dan kekurangan bimbingan berterusan.
“Inisiatif ini bertujuan menghubungkan semua pihak berkepentingan dan pemain industri bagi memperkukuh ekosistem bioteknologi negara. Melalui pendekatan ini, syarikat pemula (start-up) akan memiliki lebih banyak peluang dan ruang untuk berkembang,” katanya semasa pelancaran program itu.
Program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Bioeconomy Corporation, menyediakan laluan yang tersusun untuk graduan, penyelidik serta usahawan membawa inovasi mereka ke pasaran.
Chang berkata, pelaksanaan BioInnovation Launchpad turut menyokong aspirasi Malaysia untuk mencapai sumbangan lima peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada sektor bioekonomi menjelang tahun 2030, seperti yang digariskan dalam Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0).
“Hasrat kami adalah menjadikan bioteknologi sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara. Justeru, pelbagai inisiatif dilaksanakan supaya lebih banyak syarikat pemula dapat meraih manfaat dan berkembang,” tambahnya.
Peserta berpeluang membentangkan idea perniagaan mereka kepada pelabur, pembiaya dan firma modal teroka semasa Hari Demo BioInnovation Launchpad, yang diadakan bersempena BioXCeed 2025 di Ekspo Inovasi & Pengkomersilan Kebangsaan (NICE) 2025.
Seramai 10 peserta terpilih terdiri daripada inovator universiti, syarikat pemula dan syarikat spin-off, mempamerkan produk bioinovasi dengan potensi pasaran gabungan bernilai RM13 juta.
Produk yang diketengahkan merangkumi sektor utama seperti kesihatan dan kesejahteraan, bioteknologi pertanian dan keselamatan makanan, makanan berasaskan bio, serta bioteknologi industri, sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk membina bioekonomi kitaran.
Tiga pemenang utama masing-masing akan menerima dana permulaan sebanyak RM60,000 bagi mempercepatkan proses pengkomersilan, manakala penerima Kategori Pitcher Terbaik dan Pilihan Ramai (People’s Choice) akan membawa pulang RM5,000 setiap seorang.