KUALA LUMPUR: Senator Datuk Ras Adiba Radzi menyambut baik Dasar Teknologi Negara (DBN) 2.0 yang menurutnya memberi harapan baharu kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan komuniti penghidap penyakit jarang jumpa.
Ras Adiba, yang juga Presiden OKU Sentral, berkata bioteknologi dalam penjagaan kesihatan dan kesejahteraan - satu daripada tiga tunjang utama dasar itu - adalah aspek yang penting untuk OKU.
"Daripada ujian pranatal generasi akan datang, kepada kanak-kanak maya, kepada alat menyusun genom, bioteknologi memberi kita keupayaan untuk (membantu) meramal dan membentuk masa depan orang awam. Saya berharap penggunaan baharu bioteknologi disertakan dengan langkah persuasif yang meminimumkan kesan buruk dan menawarkan manfaat yang besar," katanya dalam kenyataan.
Ras Adiba berkata garis panduan kebangsaan yang selari dengan keperluan antarabangsa diperlukan segera dan suara mereka yang menghidap penyakit dan mengalami kelainan keupayaan, harus didengari.
Justeru, beliau menggesa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama-sama kementerian berkaitan untuk:
- Mewujudkan penjujukan genom dan bank genom bagi menyokong Perkhidmatan Perubatan Genomik (GMS) terutama untuk komuniti penghidap penyakit jarang jumpa.
- Menerokai konteks perundangan dan dasar berkaitan penyusunan genom germline.
- Melihat peluang penyusunan genom germline yang berkaitan penyakit jarang jumpa serta menggalakkan libat urus secara aktif dengan komuniti tersebut bagi mendapatkan penglibatan orang awam.
- Memudah cara pengumpulan dan penyebaran data berkaitan kelainan upaya menerusi teknologi blockchain.
- Mewujudkan tabung dana awam bagi program penjujukan genom (termasuk penjujukan exome dan genom penuh) untuk OKU, individu dengan kelainan upaya yang tidak dapat dijelaskan atau kelainan kongenital pelbagai, sebagai sebahagian program MyGenome oleh Institut Genom dan Vaksin Malaysia.
Ras Adiba berkata kira-kira tujuh juta daripada 130 juta orang bayi yang dilahirkan di seluruh dunia setiap tahun, menghidap penyakit genetik yang serius dan kira-kira 80 peratus daripada penyakit tersebut berpunca daripada mutasi satu ciri gen dan "rawatan efektif untuk penyakit ini adalah sangat jarang didapati".
"Memasukkan kelainan keupayaan adalah penting bagi mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik memandangkan OKU adalah empat hingga 10 kali ganda mengalami cabaran dalam kehidupan seharian," katanya.
Dua lagi tunjang DBN 2.0 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Isnin lepas ialah bioteknologi pertanian dan jaminan makanan serta bioteknologi perindustrian dan ekonomi kitaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
RAS ADIBA: Memasukkan kelainan keupayaan adalah penting bagi mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik memandangkan OKU adalah empat hingga 10 kali ganda mengalami cabaran dalam kehidupan seharian. - Gambar fail/BERNAMA
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Bioteknologi beri harapan baharu kepada OKU - Ras Adiba
Bioteknologi dalam penjagaan kesihatan dan kesejahteraan adalah aspek yang penting untuk OKU.