awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biro Aduan Komuniti prihatin suara masyarakat

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2014
08:07 MYT
Biro Aduan Komuniti prihatin suara masyarakat
SHEIKH NAFIQ: Kita memerlukan penglibatan masyarakat, keluarga, memerlukan perhatian media, memerlukan mereka masyarakat untuk bersama-sama, membantu tidak kira material, sokongan, dan lain-lain lagi. -Gambar fail
Suara sosial dan kehendak masyarakat tidak pernah dipinggirkan. Isu ekonomi, sosial, anak muda, kesihatan dan kos sara hidup kini menjadi agenda utama Biro Aduan Komuniti dalam membantu meringankan beban rakyat.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Sheikh Nafiq Alfirdaous dalam Analisis AWANI pada Khamis berkata isu ini sentiasa menjadi elemen utama yang akan diutamakan bagi memberi penyelesaian kepada rakyat secara berterusan dengan kerjasama ramai pihak.
"Kita memerlukan penglibatan masyarakat, keluarga, memerlukan perhatian media, memerlukan mereka masyarakat untuk bersama-sama, membantu tidak kira material, sokongan, dan lain-lain lagi."
Terbaru, usaha Biro Aduan Komuniti membantu seorang bapa tunggal Mohd Firdaus Abdullah dan anaknya Syamimi yang berusia 7 tahun semenjak Julai lalu.
Kanak-kanak ini menghidapi penyakit genetik barah hati berkuprum yang paling jarang ditemui dengan nisbah 1 : 100,000.
Tiada jalan perubatan konvensional lain yang boleh dilakukan selain transplantasi sebuah hati buat Syamimi.
Usaha Biro Aduan Komuniti yang sentiasa melakukan lawatan susulan bagi mengemaskini dan mengenalpasti keperluan keluarga itu membuahkan hasil apabila menerima panggilan seorang penderma yang sanggup menderma sebahagian hatinya.
Tambahnya, kesepakatan media memberi sokongan meuar-uarkan usaha biro tersebut turut menyumbang dan membantu masyarakat sedar dengan situasi sekeliling.
Malah dengan pendekatan baru dan proaktif, usaha menyelami, mendekati dan membantu rakyat berjaya dicapai.
Topic Berkaitan
#Biro Aduan Komuniti
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan