NATIONAL
Biro aduan komuniti suara masyarakat terpinggir

Biro aduan komuniti kini proaktif ke hadapan dan merangka program efektif bagi memberi penekanan pengembelingan sumber tenaga dengan agensi sedia ada seperti Baitulmal dan majilis agama negeri
Kepesatan negara yang kian membangun dan peningkatan kos sara hidup memaksa segelintir rakyat terpaksa menghuni kawasan jalanan kaki lima mahupun bawah jambatan untuk berlindung.
Nasib mereka kini terbela dengan adanya biro aduan komuniti atau yang menjadi wakil menyuarakan dan menyelesaikan masalah yang memerlukan perhatian.
Pengerusi biro aduan komuniti pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Sheikh Nafiq Alfirdaous yang menjadi tamu Agenda Awani berkata biro aduan komuniti mengambil pendekatan mewakili mereka terpinggir ini melalui beberapa medium bagi mengumpul data.
Tambahnya, sebagai generasi Gen Y, capaian untuk bantuan semakin besar dan langkah proaktif yang dimainkan kumpulan sokongan seperti biro aduan komuniti adalah pelengkap kepada agensi dan wakil kerajaan sedia ada.
Selain itu, biro aduan komuniti turut memberi pendedahan kepada rakyat mengenai hak mereka untuk mengetahui jaringan kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Katanya, hampir 60 peratus aduan diterima membabitkan ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
Biro aduan komuniti kini proaktif ke hadapan dan merangka program efektif bagi memberi penekanan pengembelingan sumber tenaga dengan agensi sedia ada seperti Baitulmal dan majlis agama negeri dengan menyelesaikannya dalam tempoh singkat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami