awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Birokrasi melampau, tiada ketelusan, punca rasuah sektor swasta-awam - Azam Baki

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/09/2022
04:02 MYT
Birokrasi melampau, tiada ketelusan, punca rasuah sektor swasta-awam - Azam Baki
AZAM: Jenayah kewangan masih berleluasa dan menyumbang kepada aktiviti haram yang berterusan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketelusan perlu diterapkan dalam kitaran perolehan yang melibatkan proses penilaian bekalan, peruntukan belanjawan, tawaran dan tender terbuka, pelaksanaan kontrak serta pengauditan dalam usaha untuk mencegah rasuah.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, aktiviti gelap antara sektor swasta dan pegawai awam yang korup mampu berkembang dalam keadaan birokrasi yang melampau dan ketiadaan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan.
"Jenayah kewangan masih berleluasa dan menyumbang kepada aktiviti haram yang berterusan seperti isu alam sekitar serta ketirisan dalam perolehan kerajaan untuk pembangunan negara.
“Jenayah kewangan dan rasuah boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara, pembangunan ekonomi yang stabil, kelestarian alam sekitar, promosi tenaga boleh diperbaharui, usaha mencegah perubahan iklim dan matlamat mampan untuk menamatkan kebuluran dan kemiskinan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada pembukaan persidangan antarabangsa bertemakan "Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Menerusi Ketelusan Kewangan" di Universiti Cambridge, United Kingdom, yang berlangsung pada 25 hingga 27 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#Rasuah
#birokrasi melampau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan