MALAYSIA
BKN 2025 platform pupuk kesiapsiagaan rakyat hadapi MTL - Ahmad Zahid
Antara matlamat BKN ialah meningkatkan tahap kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 akan dilancarkan bulan depan sebagai usaha mengarusperdanakan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi sebarang risiko khususnya menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL).
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sejak 2016, menetapkan Oktober sebagai BKN, yang bukan bertujuan meraikan bencana sebaliknya meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan kesiapsiagaan.
"Penganjuran ini berfungsi sebagai pemangkin bagi meningkatkan kesedaran rakyat dan memupuk penglibatan menyeluruh Whole of Government dan Whole of Society agar kita benar-benar bersedia menghadapi kemungkinan yang mendatang," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata antara matlamat BKN ialah meningkatkan tahap kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana, menghebahkan langkah-langkah mitigasi yang dilaksanakan kerajaan serta menekankan bahawa pengurusan bencana adalah tanggungjawab bersama.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata biarpun bencana tidak dapat dielakkan, namun risiko dan kesannya boleh diurus serta mampu diminimumkan sekiranya kesiapsiagaan diperkukuh dari semasa ke semasa.
"Justeru, marilah kita bersama menyemai kesedaran, memperkukuh kesiapsiagaan dan membudayakan sikap berjaga-jaga dalam setiap lapisan masyarakat. Sentiasa siaga, bencana terjaga," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 akan dilancarkan Oktober ini sebagai usaha meningkatkan kesedaran rakyat dan kesiapsiagaan negara menghadapi risiko bencana, khususnya menjelang Monsun Timur Laut.
- Penganjuran BKN oleh NADMA bertujuan memupuk penglibatan menyeluruh seluruh masyarakat dan kerajaan, serta menekankan bahawa pengurusan bencana adalah tanggungjawab bersama.
- Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa walaupun bencana tidak dapat dielakkan, kesannya boleh diminimumkan melalui kesiapsiagaan berterusan dan budaya berjaga-jaga dalam kalangan masyarakat.