awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Black505: Dakwaan wujudkan provokasi, Rafizi mahu saman polis

Teoh El Sen
Teoh El Sen
21/06/2013
15:06 MYT
Black505: Dakwaan wujudkan provokasi, Rafizi mahu saman polis
Penganjur perhimpunan Black505 menafikan telah memberi arahan kepada semua peserta untuk mewujudkan provokasi terhadap pihak berkuasa semasa perhimpunan itu esok.
Pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat(PKR) Rafizi Ramli, jurucakap untuk perhimpunan tersebut, menegaskan dakwaan bahawa terdapat satu rancangan untuk mewujudkan keadaan huru-hara, keganasan, atau meminta peserta untuk mewujudkan provokasi terhadap polis, adalah tidak benar.
"Tidak ada arahan tersebut dan saya tidak tahu dari sumber mana polis dapat maklumat ini," kata Rafizi.
Pada masa yang sama, Rafizi berkata beliau telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohmad Salleh.
Ini kerana Rafizi mendakwa kenyataan Mohmad itu "berbau fitnah dan tidak benar" dan "memberikan gambaran buruk".
"Saya hairan dengan kenyataan polis yang bercanggah. Saya berharap ini bukan disebabkan campur tangan Barisan Nasional-Umno atau (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) yang memaksa polis menukar pendirian,” tambah beliau.
Walaupun Rafizi berkata dia meragui kesahihan dan kebenaran maklumat yang diterima polis, beliau mengelak daripada menyalahkan polis.
"Saya tidak mahu perkara ini menjadi perang mulut. Saya faham adakalanya polis perlu mengatakan apa yang mereka mahu katakan. "
“Wajib untuk pihak penganjur melakukan yang terbaik dan memastikan perhimpunan ini berlangsung aman, dan kami berharap bahawa polis akan turut membantu," katanya.
Terdahulu, polis berkata telah menerima maklumat bahawa pihak penganjur telah mengarahkan semua peserta untuk mewujudkan provokasi terhadap pihak berkuasa, dan mencetuskan huru-hara semasa perhimpunan Black505 esok.
Mohmad berkata penganjur perhimpunan itu juga dijangka akan mencetuskan huru-hara di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
"Provokasi ini bertujuan untuk menimbulkan kemarahan di pihak polis kepada peserta dan boleh menyebabkan kekecohan di kawasan-kawasan terbabit," Mohmad berkata.
Topic Berkaitan
#black505
#Mohmad Salleh
#Pakatan Rakyat
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan