Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
KINI-TRENDING

Blackberry lancar telefon pintar kedua tanpa papan kunci fizikal

Ian Johan Ariff 03/03/2015 | 14:04 MYT
Blackberry lancar telefon pintar kedua tanpa papan kunci fizikal. Gambar - Twitter/@BlackBerry
Blackberry masih belum putus asa untuk bersaing dalam pasaran telefon pintar tanpa papan kunci fizikal.

Pada Selasa, Blackberry memperkenalkan Leap, model terbaru bagi telefon pintar yang menggunakan skrin sentuh sepenuhnya di Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) di Barcelona.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Leap merupakan telefon pintar keluaran Blackberry yang kedua tanpa papan kunci fizikal selepas Z3 yang diumumkan pada Februari 2014.

Blackberry kini memfokuskan kepada bateri 2,800mAh yang dikatakan boleh bertahan sehingga 25 jam dan ciri-ciri keselamatan termasuk sokongan penyulitan, perlindungan malware selain kemampuan untuk menyelamatkan, memadam dan memulihkan telefon.

Pemproses bagi Leap ditingkatkan kepada 1.5GHz dengan RAM 2GB, kamera 8-megapiksel, storan dalaman 16GB dan paparan skrin 5 inci 1280x720 piksel.

Blackberry Leap akan mula berada di pasaran pada April di Amerika Syarikat dengan harga pasaran AS$275.

Syarikat itu juga dalam proses melancarkan telefon pintar slaid dengan papan kunci fizikal 'slide-out' yang disimpan pada bahagian bawah skrin sentuh penuh.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ia juga dalam bentuk melengkung seperti Samsung Galaxy S6 Edge selain mengeluarkan empat lagi peranti lain tahun ini.
#BlackBerry #LEAP