[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
KINI-TRENDING

Blind penyelamat Red Devils

Ian Johan Ariff 21/10/2014 | 04:43 MYT
Manchester United seri 2-2 dengan West Brom
Pemain baharu Manchester United, Daley Blind kini sudah mendapat tempat di hati peminat the Red Devils apabila menjaringkan gol penyamaan kelab itu menentang West Bromwich Albion di the Hawthorns.
United ketinggalan, 1-2 sebelum Blind merembat masuk gol penyamaan dari luar kotak penalti, 3 minit sebelum tamat permainan.
Blind kini sah mendapat tempat di hati penyokong United yang sebelum ini meragui kemampuan pemain Belanda itu.
Namanya turut berada dalam 10 topik paling trending di Twitter Malaysia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum itu, United ketinggalan 0-1 selepas Stephane Sessegnon menjaringkan gol West Brom seawal minit ke-8.
Marouane Fellaini kemudian menyamakan kedudukan 3 minit selepas permainan bersambung di babak kedua.
Saido Berahino meletakkan West Brom kembali di depan pada minit ke-66 namun Blind memastikan United pulang dengan satu mata.
Penyokong United yang menjadikan nama Blind trending masih tidak berpuas hati dengan corak permainan skuad the Red Devils namun mereka pasti Fellaini dan Blind pemain paling gembira dalam skuad Red Devils.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Blind sudah pasti gembira dengan gol pertama yang dijaringkan untuk United walaupun kecewa tidak dapat membawa pulang tiga mata penuh.
Dia meluahkan perasaan di Instagram yang turut dikongsi menerusi akaun Twitter rasminya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
United masih gagal mencatat sebarang kemenangan di tempat lawan selepas enam perlawanan.
Kelab bimbingan Louis van Gaal kini menduduki tangga keenam liga dengan 12 mata, satu mata dibelakang Liverpool.
#Daley Blind #Manchester United #West Brom