awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama

Pia Ernadya
Pia Ernadya
19/05/2024
06:15 MYT
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Mohd Na'im juga menyeru semua pihak untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat dan mengelak tindakan yang boleh mengundang keresahan awam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, berkata apa juga tindakan yang diambil dalam kempen solidariti wajar dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak.
"Atas asas kesatuan dan ihsan, semua pihak adalah diseru untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin melalui pelbagai pendekatan tersendiri termasuk mendoakan kekuatan dan kesejahteraan kepada Palestin.
"Dalam isu Palestin, saya percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman yang dilakukan pihak Zionis Israel tidak boleh diterima sama sekali.
"Tindakan yang dilakukan pihak Zionis Israel amat biadab, melampau serta di luar batas kemanusiaan," katanya melalui kenyataan pada hari Ahad.
Mohd Na'im juga menyeru semua pihak untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat dan mengelak tindakan yang boleh mengundang keresahan awam.
Beliau mengulas mengenai Gerakan Blockout 2024 yang bertujuan untuk memboikot selebriti atau pempegaruh yang tidak menggunakan medium media sosial sebagai ruang untuk bersuara berhubung kekejaman Israel.
Kempen yang berasal dari luar negara itu menjadi fenomena tempatan dan mendapat sambutan banyak pihak.
Kempen ini turut mempunyai laman Instagram sendiri bagi tujuan memberi informasi tentang artis tempatan yang perlu diboikot kerana berdiam diri berkaitan kekejaman Israel di Palestin, atau bekerjasama mempromosikan produk yang didakwa memberi sumbangan kepada Zionis.
Topic Berkaitan
#Mohd Naim Mokhtar
#Menteri Agama
#blockout 2024
#Palestin
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan