MALAYSIA

Blog 'Lessons From Life' papar nukilan Permaisuri Agong

Bernama 01/08/2025 | 22:30 MYT
Blog baharu 'Lessons from Life' akan menjadi platform Raja Permaisuri untuk berkongsi buah fikiran dan pandangan Seri Paduka Baginda dalam bentuk penulisan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Sebuah blog baharu bertajuk 'Lessons from Life' yang memaparkan pandangan dan perspektif Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengenai isu semasa dalam bentuk penulisan telah dilancarkan.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar malam tadi, blog itu diuruskan oleh Pejabat Media Diraja Johor (RPO) dan menampilkan kumpulan artikel pilihan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri.

"Blog ini seterusnya akan menjadi platform Raja Permaisuri untuk berkongsi buah fikiran dan pandangan Seri Paduka Baginda dalam bentuk penulisan," menurut hantaran itu.

Entri terbaharu blog itu, bertajuk "Menyelami Jiwa Yang Derita" adalah mengenai penderitaan rakyat Gaza di Palestin.

Artikel berkenaan boleh diakses di laman https://zarithidris.com/menyelami-jiwa-yang-derita

-- BERNAMA





#Raja Zarith Sofiah #Lessons from Life #blog #artikel pilihan