GADGETS

Blue Origin TeraWave tawar internet satelit 6 Tbps, atasi Starlink

Amanz 23/01/2026 | 05:45 MYT
TeraWave menggunakan rangkaian 5,408 satelit, terdiri daripada 5,280 satelit orbit bumi rendah (LEO) dan 128 satelit orbit bumi sederhana (MEO). -Foto Amanz
PENGHUJUNG tahun lalu, Amazon Leo dilancarkan bagi menawarkan persaingan kepada Starlink dengan kelajuan sehingga 1Gbps.


Ringkasan AI
  • Blue Origin melancarkan TeraWave, rangkaian internet satelit ultra tinggi dengan kelajuan muat turun dan naik sehingga 6 Tbps, menggunakan 5,408 satelit termasuk 5,280 satelit LEO dan 128 satelit MEO.
  • TeraWave menyasarkan pelanggan perusahaan, pusat data, dan kerajaan yang memerlukan sambungan data stabil, laju, serta boleh diskala untuk operasi kritikal, terutamanya di kawasan terpencil.
  • Perkhidmatan TeraWave dijadualkan dilancarkan pada suku keempat 2027, menawarkan sambungan simetri dan ketahanan gangguan yang lebih tinggi daripada infrastruktur sedia ada.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Hari ini, Blue Origin pula memperkenalkan TeraWave, rangkaian internet satelit berkelajuan ultra tinggi yang mampu mencapai kelajuan muat turun dan naik sehingga 6 Tbps, khusus untuk pelanggan perusahaan, pusat data dan kerajaan.

TeraWave menggunakan rangkaian 5,408 satelit, terdiri daripada 5,280 satelit orbit bumi rendah (LEO) dan 128 satelit orbit bumi sederhana (MEO).

Capaian 6 Tbps hanya ditawarkan melalui satelit MEO yang menggunakan sambungan optik, manakala satelit LEO menawarkan kelajuan sehingga 144 Gbps menggunakan sambungan RF.

Perkhidmatan ini disasarkan kepada organisasi yang memerlukan sambungan data yang stabil, laju dan boleh diskala untuk operasi kritikal, termasuk di kawasan luar bandar dan lokasi terpencil.

Blue Origin menegaskan TeraWave direka sebagai lapisan tambahan kepada infrastruktur sedia ada, menawarkan sambungan simetri serta rintangan gangguan yang lebih tinggi.

Rangkaian satelit TeraWave dijadualkan mula dilancarkan pada suku keempat 2027. -Amanz





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang dimaksudkan dengan TeraWave yang diperkenalkan oleh Blue Origin?
    A: TeraWave adalah rangkaian internet satelit berkelajuan ultra tinggi yang mampu mencapai kelajuan muat turun dan naik sehingga 6 Tbps, direka khusus untuk pelanggan perusahaan, pusat data, dan kerajaan.
  • Q: Berapa jumlah satelit yang digunakan dalam rangkaian TeraWave?
    A: TeraWave menggunakan rangkaian 5,408 satelit, terdiri daripada 5,280 satelit orbit bumi rendah (LEO) dan 128 satelit orbit bumi sederhana (MEO).
  • Q: Bagaimana perbezaan kelajuan antara satelit MEO dan LEO dalam rangkaian TeraWave?
    A: Satelit MEO menggunakan sambungan optik untuk mencapai kelajuan 6 Tbps, manakala satelit LEO menggunakan sambungan RF untuk kelajuan sehingga 144 Gbps.
  • Q: Siapakah yang menjadi sasaran perkhidmatan TeraWave yang ditawarkan oleh Blue Origin?
    A: Perkhidmatan TeraWave disasarkan kepada organisasi yang memerlukan sambungan data stabil, laju, dan boleh diskala untuk operasi kritikal, terutamanya di kawasan luar bandar dan lokasi terpencil.
  • Q: Bila dijangka rangkaian satelit TeraWave akan mula dilancarkan?
    A: Rangkaian satelit TeraWave dijadualkan mula dilancarkan pada suku keempat 2027.



#Starlink #Blue Origin #TeraWave #internet satelit ultra tinggi #6 Tbps