KUALA LUMPUR: Keprihatinan kerajaan membantu pekebun kecil melalui Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dilihat dapat mengurangkan beban dan kos sara hidup yang dihadapi golongan itu apabila tibanya musim tersebut.
Timbalan Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Adzmi Hassan berkata, bantuan itu turut memberi kelegaan kepada pekebun kecil selepas sumber pendapatan mereka terjejas akibat hasil torehan yang berkurangan.
"Alhamdulillah permohonan BMT telah dibuka sejak semalam dan dianggarkan setiap daripada mereka yang layak akan menerima RM800. Difahamkan bantuan ini akan diagihkan bermula November atau selewat-lewatnya akhir Februari secara berperingkat.
"BMT adalah satu usaha murni kerajaan dalam membantu pekebun kecil di seluruh negara dan diharapkan ia dapat diteruskan serta ditambah jumlahnya pada masa akan datang memandangkan kos sara hidup sentiasa meningkat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Di SELANGOR, Penolong Pegawai Pertanian Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Petaling, Noor Zaidi Yak berkata, bantuan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal memanfaatkan kira-kira 1,300 pekebun kecil yang berdaftar di daerah itu.
"Bagaimanapun, kita masih menunggu surat arahan daripada pihak atasan berkenaan bantuan yang diumumkan dan pihak kami akan menghubungi semua pekebun kecil ini untuk mengemas kini nombor akaun yang biasanya dibuat setahun sekali," katanya.
Sementara itu, P.Vengadasamy, 50, yang mengusahakan kebun getahnya secara sambilan di Hulu Selangor, berkata, bantuan yang diberikan sedikit sebanyak membantu golongan sepertinya memandangkan harga lantai getah sekerap masih di bawah RM3.
"Kita juga mengalu-alukan bantuan lain yang dapat diberikan kerajaan untuk membela nasib pekebun kecil getah," katanya.
Di KEDAH, pekebun kecil getah yang berdaftar di bawah RISDA berasa lega dan berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas bantuan itu.
Anita Noh, 48, dari Kampung Tanah Rang, Jitra berkata, dia bersyukur dengan pengumuman Ahmad Zahid kerana BMT itu sedikit sebanyak membantunya apabila tiba musim tengkujuh.
"Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan harga getah yang rendah menyebabkan pekebun kecil seperti saya berdepan dengan pelbagai masalah. Justeru, dengan adanya bantuan ini diharap dapat membantu kelangsungan hidup saya," katanya.
Di KELANTAN, penoreh getah, Abdullah Teh, 63, berkata, bantuan tersebut sedikit sebanyak akan meringankan beban terutama dalam keadaan rakyat berdepan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.
"Pada musim tengkujuh aktiviti menoreh memang langsung tidak dapat dilakukan. Di Kelantan musim tengkujuh agak lama, jadi kami terpaksa berjimat dan melakukan kerja sambilan lain untuk menyara kehidupan.
"Walaupun kadang-kadang boleh menoreh, harga getah masih tidak menentu dan sangat memberi kesan kepada golongan seperti kami," katanya.
Abdullah yang menjadikan pekerjaan menoreh sebagai sumber pendapatan keluarganya sejak puluhan tahun berkata, bantuan RM800 berkenaan menunjukkan kerajaan tidak mengabaikan golongan penoreh, sekali gus memberi sedikit kelegaan kepada mereka.
Di PAHANG, seorang penoreh di Temerloh, Norain Nordin, 38, berkata, keputusan kerajaan menaikkan kadar bayaran BMT daripada RM600 kepada RM800 merupakan langkah tepat untuk membantu rakyat, namun dia mengharapkan harga getah juga dapat dinaikkan.
"Ini inisiatif yang baik, saya harap kadar bantuan dapat ditingkatkan pada masa depan memandangkan kos sara hidup semakin tinggi," katanya.
Di SABAH, pekebun kecil getah, Joel Kalis, 45, yang tinggal di Tongod berharap bantuan itu diteruskan dan disalurkan kepada golongan sasar.
Beliau yang merupakan peserta Projek Tanam Getah Berkelompok Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), menyambut baik pengumuman bantuan itu dan tidak melepaskan peluang untuk memohon sejak ia dibuka semalam.
Ternyata keterbatasan jalur lebar bukan penghalang bagi Joel untuk membuat permohonan secara dalam talian, selain berterima kasih kepada LIGS yang membantu memastikan tiada pekebun kecil berdaftar dengan lembaga itu, yang ketinggalan.
"Bantuan ini boleh meringankan beban kewangan pekebun kecil seperti saya, terutama bila cuaca tidak menentu dengan hujan berterusan hingga kami tidak dapat menoreh. Bantuan sebanya RM800 ini dapat meringankan beban kewangan keluarga saya dan rakan lain," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
Keprihatinan kerajaan membantu pekebun kecil melalui Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dilihat dapat mengurangkan beban dan kos sara hidup yang dihadapi golongan itu apabila tibanya musim tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Kerajaan peruntuk RM255 juta bantu pekebun kecil getah terjejas akibat musim tengkujuh
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM255 juta bagi membantu pekebun kecil getah di seluruh negara yang terkesan akibat musim tengkujuh.
BMT beri kelegaan kepada pekebun kecil hadapi musim tengkujuh
Bantuan Musim Tengkujuh mengurangkan beban dan kos sara hidup yang dihadapi pekebun kecil apabila tibanya musim tersebut.
Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM9.7 juta untuk peneroka tanaman getah Felda
Felda akan menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM9.7 juta kepada 12,138 peneroka tanaman getah Felda yang layak di seluruh negara.
Bajet 2023: Tambahan Bantuan Musim Tengkujuh turut libatkan pekebun Felda - PM
Tambahan kewangan bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2023 turut membabitkan pekebun kecil Felda.
Dewan Rakyat: Kerajaan cadang sedia RM80 juta untuk Tabung Bencana Pertanian
Kerajaan juga mencadangkan kenaikan kepada kadar ESHND daripada RM200 kepada RM250 sebulan bagi 3,400 nelayan darat yang berdaftar.
PM Najib umum agihan RM112.33 juta kepada pekebun kecil Risda
Sebanyak RM39.59 juta daripada jumlah itu diagihkan kepada 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) dan RM72.7 juta lagi diagihkan kepada 17,443 peserta Tanam Semula Komersial (TSK).
Pekebun kecil, penoreh getah jangan tungggu saat akhir mohon BMT
Pekebun kecil dan penoreh getah yang layak menerima elaun dibawah Bantuan Musim Tengkujuh diminta agar tidak menunggu hingga saat akhir.
Peruntukan hampir RM10 bilion untuk subsidi, insentif tahun ini - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM10 bilion subsidi dan insentif dalam pelbagai sektor tahun ini dan jumlah itu semakin meningkat setiap tahun.