GADGETS
BMW akan keluarkan kereta hidrogen menjelang 2028 dengan bantuan Toyota
Prototaip pertama kereta dengan sistem pemanduan hidrogen generasi ketiga mereka sedang dibina di Munich dan Steyr. - Gambar/ Amanz
BMW Group kini bersedia memulakan produksi kereta sel hidrogen pertama mereka menjelang 2028. Prototaip pertama kereta dengan sistem pemanduan hidrogen generasi ketiga mereka sedang dibina di Munich dan Steyr.
Ringkasan AI
Sistem sel hidrogen generasi ketiga BWM adalah 25% lebih kecil berbanding generasi terdahulu dan pada waktu yang sama menawarkan kepadatan tenaga lebih tinggi. Sistem pemaduan pula boleh diintegrasikan dengan seni bina masa hadapan membolehkan BWM menawarkan kenderaan dengan pelbagai pilihan pek kuasa kepada pelanggan.
Komponen yang digunakan juga dinaiktaraf dengan kecekapan lebih tinggi. Walaupun sistem pemanduan dibangunkan sendiri oleh BMW, sel hidrogen yang digunakan dibangunkan oleh Toyota menggunakan spesifikasi yang dibangunkan BWM sendiri.
BMW telah berjinak-jinak dengan kenderaan sel hidrogen sejak 2014 menerusi BMW 535iA yang menggunakan tren kuasa Totoya. Seterusnya BMW iX5 Hydrogen dibangunkan sebagai kenderaan hidrogen generasi kedua dengan ia sekadar projek rintis yang belum ditawarkan kepada pasaran terbuka.
Toyota ialah syarikat yang melakukan pelaburan besar dalam pembangunan sel hidrogen kerana mereka percaya ia mempunyai masa depan lebih baik berbanding bateri. Syarikat kenderaan terbesar dunia ini telah menawarkan model Mirai sejak beberapa tahun lalu dengan ia turut diuji oleh Sarawak sebagai usaha menjadikannya hab teknologi hidrogen rantau Asia Tenggara. - Amanz
Ringkasan AI
- BMW akan memulakan produksi kereta sel hidrogen pertama menjelang 2028 dengan sistem generasi ketiga yang 25% lebih kecil dan mempunyai kepadatan tenaga lebih tinggi.
- Sistem pemanduan dibangunkan oleh BMW manakala sel hidrogen dihasilkan oleh Toyota mengikut spesifikasi BMW, menunjukkan kerjasama teknologi antara dua syarikat gergasi automotif.
- BMW iX5 Hydrogen merupakan projek rintis generasi kedua, dan pengembangan teknologi ini selari dengan usaha menjadikan Sarawak sebagai hab teknologi hidrogen di Asia Tenggara.