awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN kalah sebab KJ tidak 'perform' untuk tarik pengundi muda

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2018
06:42 MYT
BN kalah sebab KJ tidak 'perform' untuk tarik pengundi muda
ISHAM: BN kalah sebab KJ tidak 'perform' untuk menarik pengundi muda. -Foto Sinar Harian
Mengikut analisis dan statistik keputusan PRU14, sebab utama gabungan itu kalah ialah kerana pengundi-pengundi muda tidak menyokong BN.
Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata dakwaan bekas Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaludin Abu Bakar bahawa gabungan itu kalah pada PRU14 lalu berpunca daripada skandal 1MDB adalah satu fakta yang salah.
Katanya, sebenarnya, Khairy Jamaludin antara punca kekalahan BN kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk menarik sokongan anak muda kepada BN.
“BN kalah sebab KJ tidak 'perform' untuk menarik pengundi muda.
"Hampir kesemua peti-peti undi di saluran-saluran muda BN kalah di seluruh negara berbanding peti-peti undi di saluran-saluran bagi peringkat-peringkat umur yang lain yang mana keputusannya adalah lebih rawak," katanya kepada Sinar Harian.
Isham yang juga mempunyai kelulusan sarjana politik, ekonomi dan undang-undang daripada Universiti Harvard berkata demikian bagi menempelak kenyataan Khairy yang menjelaskan bahawa BN kalah pada PRU14 lalu berpunca daripada skandal 1MDB.
Beliau yang juga merupakan bekas Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib Razak berkata, ini membuktikan bahawa faktor utama kekalahan BN adalah faktor kegagalan menarik undi muda, dan walaupun faktor-faktor lain memainkan peranan, namun ianya tidaklah signifikan berbanding faktor penolakan pengundi muda ini.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Barisan Nasional
#Isham Jalil
#kekalahan BN
#Ketua Pemuda BN
#Khairy Jamaludin
#Najib Razak
#PRU14
#Sukarelawan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan