awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'BN tubuh jawatankuasa bincang persempadanan semula' - PM Najib

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
23/09/2016
10:16 MYT
'BN tubuh jawatankuasa bincang persempadanan semula' - PM Najib
Pengerusi BN Datuk Seri Najib berkata semua pihak harus melihat kajian SPR itu sebagai cadangan dan bukan sesuatu yang sudah dimuktamadkan. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mencari keputusan isu Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia akan dipengerusikan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selain mengadakan persidangan pertama secepat mungkin.
"BN termasuk UMNO ada pandangan berbeza mengenai isu ini kerana ada banyak kesan yang perlu diambil kira.
"Mesyuarat memutuskan BN akan mengumpul cadangan dalam sebuah jawatankuasa yang dipengerusi Setiausaha BN. Kita akan lihat keputusan nanti dan ambil kira semua pandangan," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn di sini hari ini.
Antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup, Pengerusi MyPPP Tan Sri M.Kayveas dan Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama sebulan bermula Khamis lalu sehingga 14 Oktober ini.
Dalam pada itu kata Datuk Seri Najib, semua pihak harus melihat kajian SPR itu sebagai cadangan dan bukan sesuatu yang sudah dimuktamadkan.
"Saya rasakan ini cadangan dan bukan keputusan muktamad. Ia juga masih di peringkat awal dan bukan kata putus," jelasnya.
Sebelum ini, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya menyangkal dakwaan bahawa kajian itu dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.
Tegasnya, pihaknya telah menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada sidang media sama, Datuk Seri Najib mengumumkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Pengerusi BN menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik Bendahari BN yang baharu.
Topic Berkaitan
#Kajian Semula Persempadanan
#Najib Tun Razak
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan