Bagi memastikan pasaran bon domestik berada dalam keadaan teratur, Bank Negara Malaysia (BNM) turut mengambil bahagian dalam pembelian bon dalam pasaran sekiranya diperlukan dan dalam keadaan tertentu, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
"Secara keseluruhannya, langkah ini telah menambah mudah tunai sebanyak RM54 bilion dalam sistem perbankan," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Senator Alan Ling Sie Kiong (PH-DAP) yang ingin tahu mengenai teknik atau mekanisme dasar fiskal dan monetari yang telah dilaksanakanoleh Kementerian Kewangan untuk mengawal ekonomi negara selepas penularan wabak COVID-19.
Bagi mengekang kesan penularan COVID-19, katanya kerajaan telah melaksanakan dasar fiskal mengembang dengan memperkenalkan pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi komprehensif bernilai RM295 bilion atau 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Dasar fiskal ini melibatkan suntikan fiskal langsung berjumlah RM45 bilion atau tiga peratus daripada KDNK, katanya.
Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) turut bertujuan untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan dalam menangani COVID-19 serta meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, membantu perniagaan dan memulihkan semula ekonomi negara.
"Dari segi dasar monetari, antara langkah yang telah dilaksanakan oleh BNM ialah menurunkan kadar nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) sebanyak 100 mata asas daripada tiga peratus kepada dua peratus pada Mac dan Mei 2020," katanya.
Institusi perbankan juga diberikan fleksibiliti melalui pengiktirafan Sekuriti Kerajaan Malaysia dan terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada pematuhan SRR.
BNM juga telah menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 125 mata asas daripada tiga peratus kepada 1.75 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020
TENGKU ZAFRUL: "Secara keseluruhannya, langkah ini telah menambah mudah tunai sebanyak RM54 bilion dalam sistem perbankan." - Gambar fail
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.
Bank Negara arah iPay88 tingkatkan kawalan keselamatan siber
Bank Negara Malaysia mengarahkan penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan siber.