awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Buli: Dua lagi pelajar MSRM Besut direman
MALAYSIA
Kandungan terlarang: 'Telegram ada 1 bilion akaun, pekerja hanya 50 orang' - Fahmi
DUNIA
AS tamatkan semua perbincangan perdagangan dengan Kanada berhubung cukai digital - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

BNM umum dua langkah kurangkan beban kenaikan bayaran premium insurans

Luqman Hariz
Luqman Hariz
20/12/2024
10:31 MYT
Sponsor Banner
BNM umum dua langkah kurangkan beban kenaikan bayaran premium insurans
Langkah ini juga akan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus pemegang polisi insurans mengalami kenaikan premium kurang 10 peratus. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan pemegang polisi insurans, susulan kenaikan pembayaran premium.

Ringkasan AI
  • Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan kepada pemegang polisi insurans, susulan kenaikan pembayaran premium yang dialami baru-baru ini.
  • Menerusi satu kenyataan hari ini, BNM berkata syarikat insurans akan memanjangkan tempoh perubahan premium untuk sekurang-kurangnya tiga tahun.
  • Ujarnya, langkah ini akan dilaksanakan sehingga akhir tahun 2026.

Menerusi satu kenyataan hari ini, BNM berkata syarikat insurans akan memanjangkan tempoh perubahan premium untuk sekurang-kurangnya tiga tahun.
Ujarnya, langkah ini akan dilaksanakan sehingga akhir tahun 2026.
"Langkah ini akan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus pemegang polisi insurans mengalami kenaikan premium kurang 10 peratus.
"Bagaimanapun, langkah ini tidak terpakai kepada kenaikan premium yang boleh dikenakan kepada pemegang polisi yang beralih ke kategori umur yang lebih tinggi," katanya.
BNM berkata, pemegang polisi yang telah menyerahkan polisi, atau polisi mereka telah luput tahun ini disebabkan penetapan semula pembayaran premium, boleh menghubungi syarikat insurans masing-masing.
Ini bagi memohon polisi mereka diaktifkan semula berdasarkan premium yang dilaraskan menerusi langkah ini, tanpa keperluan underwriting.
BACA: BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Kenyataan itu menyebut, langkah kedua ialah kerajaan bersama syarikat insurans dan hospital swasta akan menyumbang RM60 juta untuk mempercepat pembaharuan sistem kesihatan.
"Ini termasuk pelaksanaan model pembayaran diagnosis-related group dan penyiaran kos prosedur perubatan lazim bagi meningkatkan ketelusan," katanya.
Pada minggu lalu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, BNM akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans.
Beliau berkata dalam hal ini, penglibatan semua pihak berlandaskan prinsip pendekatan keseluruhan negara amat penting.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#terkini
#kenaikan premium insurans
#harga polisi insurans
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami