awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boikot jenama fesyen terkenal kerana isu 'kapas', apa sebenarnya yang terjadi di China?

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
29/03/2021
16:36 MYT
Boikot jenama fesyen terkenal kerana isu 'kapas', apa sebenarnya yang terjadi di China?
Boikot jenama fesyen terkenal dari barat di China dilihat parah apabila produk-produk mereka hampir dilenyapkan di setiap platform e-dagang terkenal negara itu, selain turut mendinginkan hubungan diplomatik. -Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: KERANA menyatakan kebimbangan berkenaan penggunaan buruh paksa dalam industri kapas di Xinjiang, jenama-jenama fesyen terkemuka seperti H&M dan Nike berdepan boikot dalam kalangan rakyat China.
Namun, isu ini terus berlanjutan sehingga kini, malah semakin parah.
Bukan hanya H&M dan Nike sahaja yang terkena tempias. Malah, boikot di negara tembok besar itu turut melibatkan jenama-jenama terkenal seperti Burberry, Adidas, New Balance, Puma dan Tommy Hilfiger.
Menurut laporan New York Times, kerajaan China menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dari negara barat yang menyatakan mereka menggunakan buruh paksa dari kalangan ratusan ribu etnik Uighur serta etnik minoriti lain dalam pengeluaran kapas di Xinjiang.
China mengatakan mereka tidak menggunakan buruh paksa, sebaliknya tenaga kerja industri kapas di Xinjiang bekerja atas kehendak sendiri dan mengikuti program latihan untuk meningkatkan pendapatan.
Tidak hanya terhenti di situ, kemarahan kerajaan China juga semakin membara apabila negara-negara Barat mula mengenakan sekatan terhadap pegawai kerajaan China khasnya dari Xinjiang.
Sebagai tindakan balas, China melakukan boikot seperti posting di media sosial yang mendedahkan bahawa barat mengeluarkan sentimen buruh paksa, tetapi dalam masa sama, mahu mengaut keuntungan dari China.
Beberapa selebriti terkemuka negara itu turut menamatkan kerjasama dengan jenama-jenama terkenal dari barat seperti Wang Zibo dan Zhang Yixing. Bukan sebagai tindakan balas, sebaliknya menyuarakan kekhuatiran sekiranya penggunaan buruh paksa di Xinjiang benar-benar berlaku.
Malah menurut laporan media tempatan, jenama-jenama fesyen dari barat dikatakan hampir lenyap dalam platform e-dagang popular di China seperti Alibaba Group's Tmall dan JD.com. Ini termasuk pelbagai aplikasi e-hailing negara itu.
Isu 'kapas' dilihat semakin memuncak kerana turut mencetuskan hubungan dingin China dan negara-negara barat. Antara negara yang lantang bersuara mempersoalkan China dalam penggunaan buruh paksa adalah Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Xinjiang adalah antara lima lokasi pengeluaran kapas terbesar di dunia.
Isu penggunaan buruh paksa itu didedahkan dalam satu laporan BBC sebelum ini.
Topic Berkaitan
#buruh paksa
#Xinjiang
#Industri kapas
#China
#h&m
#Nike
#Amerika Syarikat
#United Kingdom
#Wang Zibo
#Zhang Yixing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan