Boikot Piala AFF, Khairy sahkan kemuka cadangan kepada Kabinet

Astro Awani
November 23, 2016 17:04 MYT
Asri harap ketegasan kerajaan dalam isu boikot Piala Suzuki AFF - FotoBERNAMA
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan cadangan memboikot Piala Suzuki anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) telah dibawa dalam mesyuarat kabinet.
“Saya telah timbulkan isu ini dalam Kabinet minggu lalu. Saya akan timbulkan lagi minggu ini,” kongsi Khairy dalam akaun Twitternya, merujuk kepada gesaan banyak pihak agar Harimau Malaysia meninggalkan kejohanan tersebut berikutan layanan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingnya.

I raised this issue in Cabinet last week. Will do so again this week & stand guided by decision. https://t.co/V71w7NVBNm

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 23, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan tersebut dilihat sebagai susulan terhadap gesaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyeru pasukan bola sepak kebangsaan menarik diri daripada kejohanan Piala Suzuki.
Asri meminta Harimau Malaysia memboikot kejohanan anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) itu sebagai bantahan terhadap tindakan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya.
“Wanita, kanak-kanak dan orang awam dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup dan segala jenayah kemanusiaan yang lain yang dilakukan atas kuasa pemerintah Myanmar,” jelas Asri dalam kiriman di akaun Facebooknya.
#Harimau Malaysia #Piala Suzuki AFF 2016 #Rohingya