awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Boleh timbul syak kalau duduk sama-sama di konsert' - Pendakwah bebas

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
19/04/2015
10:24 MYT
'Boleh timbul syak kalau duduk sama-sama di konsert' - Pendakwah bebas
MD DAUD: 'Boleh timbul syak kalau duduk sama-sama di konsert.' -Gambar fail
Umat Islam di negara ini perlu menghormati garis panduan berhibur Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tanpa memberi persepsi buruk kepada agensi itu berhubung takrifan dalam isu berkenaan.
Pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah berkata hiburan itu sendiri boleh ditafsir perkara yang melalaikan namun tidak ditegah dalam agama seandainya mengikut peraturan yang sudah digariskan.
"Memang jika hendak dikata konsert ini merupakan hiburan yang membawa kepada kelalaian, kenapa kita hendak mengagungkan hiburan jika ia melalaikan?
"Jaga adab berhibur, duduk kena asing-asing. Tukang hibur juga tidak boleh dicampur lelaki dan perempuan.
"Ia termasuk nasyid, kalau yang menyanyi lelaki, biar lelaki sahaja dan begitulah sebaliknya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Md Daud mengulas garis panduan hiburan dalam Islam yang dikeluarkan badan itu baru-baru ini.
Selain peraturan melibatkan pengasingan penonton lelaki dan perempuan di konsert dan persembahan pentas, ia turut tidak membenarkan muzik dan lirik yang mempunyai unsur "menyembah " dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.
Bagaimanapun, penganjur konsert tempatan, Jennifer Thompson mempertikaikan garis panduan berkenaan selain bertanya keperluan untuk melaksanakannya sekarang.
BACA: Pengasingan jantina di konsert, kenapa baru sekarang? - Jennifer Thompson
Sementara itu, penasihat eksekutif Ilmuwan Malaysia (iLMU) Dr Fathul Bari Mat Jahya pada Ahad menyifatkan garis panduan itu jelas berlandaskan kepada perspektif Islam yang asal.
BACA: Garis panduan hiburan oleh Jakim perlu difatwakan - Fathul Bari
Dalam pada itu, kata Md Daud, umat Islam dinasihatkan tidak mencampuri isu hiburan dengan beberapa aspek keagamaan dan membuat masyarakat keliru dengan situasi berkenaan.
"Jakim sudah keluarkan garis panduan, itu sudah termaktub.
"Kenapa hendak pertikai? Apa yang susahnya, pergilah berhibur, duduk sahaja asing-asing, duduk dekat-dekat hanya timbul syak sahaja," jelasnya.
Jakim, dalam pada itu, mengeluarkan kenyataan bersedia memberikan penjelasan kepada pihak industri kreatif dan penggiat seni yang ingin mendapatkan penerangan berhubung garis panduan tersebut.
BACA: Jakim sedia beri penjelasan tentang garis panduan hiburan
Topic Berkaitan
#garis panduan
#hiburan dalam Islam
#JAKIM
#konsert
#pendakwah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan