MALAYSIA
Boling padang: Malaysia rampas semula juara keseluruhan Piala Lion City
Skuad boling padang negara mencipta sensasi apabila berjaya merampas semula gelaran juara keseluruhan Piala Lion City 2025. - Foto FB Bowls Malaysia
KUALA LUMPUR: Skuad boling padang negara mencipta sensasi apabila berjaya merampas semula gelaran juara keseluruhan Piala Lion City 2025 yang berlangsung di Singapura, semalam.
Ringkasan AI
Pada kejohanan yang berlangsung di Kallang Lawn Bowls Green dan Tanglin Club itu, skuad negara membawa pulang tiga pingat emas, satu perak dan enam gangsa sekali gus muncul juara keseluruhan berdasarkan kutipan pingat.
Tiga pingat emas Malaysia disumbangkan menerusi gandingan Emma Firyana Saroji dan Nurul Alyani Jamil dalam acara Ladies' Pairs, Muhammad Fikri Mohamed Hashim dan Muhammad Attiq Imran Aminuddin dalam acara Men's Pairs Bawah 25 Tahun (B-25), serta pasangan Noor Azzahara Abd Razak dan Nurul Balqis Anisha Bakal dalam acara B-25 Ladies' Pairs.
Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) Datuk Awalan Abdul Aziz berkata kejayaan itu lebih manis apabila Malaysia hanya menghantar skuad pelapis lelaki bagi kategori lelaki, namun masih mampu menjuarai keseluruhan kejohanan.
"Skuad wanita yang kita hantar adalah skuad elit, manakala skuad lelaki pula terdiri daripada pemain pelapis yang majoritinya merupakan pelajar universiti. Namun, mereka tetap berjaya menunjukkan prestasi yang membanggakan.
"Pasangan Emma Firyana dan Nurul Alyani, yang sebelum ini meraih naib johan di Terbuka Australia, berjaya menebus pencapaian itu dengan memenangi pingat emas di kejohanan ini. Ini membuktikan skuad negara kekal konsisten dalam aksi cemerlang," katanya kepada Bernama hari ini.
Sebagai rekod, Malaysia gagal mempertahankan gelaran juara keseluruhan yang diraih pada 2023 apabila sekadar menduduki tempat kedua pada edisi tahun lalu dengan kutipan satu emas, tiga perak dan dua gangsa.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia Juara Keseluruhan Piala Lion City 2025: Skuad negara meraih tiga emas, satu perak dan enam gangsa di Singapura, menewaskan pencabar lain untuk merampas semula gelaran juara keseluruhan.
- Prestasi Hebat Skuad Pelapis Lelaki dan Elit Wanita: Walaupun hanya menghantar pemain pelapis lelaki, mereka tetap menyumbang pingat emas bersama skuad wanita elit, membuktikan kekuatan pembangunan atlet negara.
- Konsistensi dan Penebusan Prestasi: Gandingan Emma Firyana dan Nurul Alyani menebus pencapaian di Terbuka Australia dengan emas, menunjukkan konsistensi skuad negara dalam kejohanan antarabangsa.