awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Pesawat terjun udara terbabas di New Jersey, lima penumpang dikejarkan ke hospital
DUNIA
61 hilang selepas feri karam berhampiran Bali
HIBURAN
Cate Blanchett dianugerah Freedom of the City of London atas sumbangan seni, kemanusiaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Bom lama 250 kilogram ditemui di tapak perumahan Bukit Goh

Bernama
Bernama
02/07/2025
14:50 MYT
Bom lama 250 kilogram ditemui di tapak perumahan Bukit Goh
Sebutir objek dipercayai bom lama jenis aerial seberat kira-kira 250 kilogram ditemukan tertanam di kawasan tapak projek perumahan di Bukit Goh semalam. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Sebutir objek dipercayai bom lama jenis aerial seberat kira-kira 250 kilogram ditemukan tertanam di kawasan tapak projek perumahan di Bukit Goh di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata bom berkenaan ditemui oleh seorang kontraktor kira-kira pukul 2.50 petang sebelum pihak polis bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kawalan keselamatan dan siasatan lanjut.
"Hasil penilaian risiko oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mendapati objek berkenaan perlu dimusnahkan menggunakan kaedah 'low order'," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya kaedah berkenaan dipilih bagi mengurangkan impak gegaran terhadap kediaman penduduk yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi penemuan bom tersebut dan pemusnahan berjaya dilaksanakan dengan selamat pada pukul 10 pagi tadi.
Dalam pada itu, Mohd Adli menasihatkan orang awam agar tidak menyentuh atau mengalihkan sebarang objek mencurigakan yang dijumpai di mana-mana lokasi, sebaliknya segera menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom lama
#tapak perumahan
#Bukit Goh
#Polis Daerah Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami