awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom lama dijumpai di Kepong tidak aktif dan berbahaya - Polis

Bernama
Bernama
30/05/2022
23:15 MYT
Bom lama dijumpai di Kepong tidak aktif dan berbahaya - Polis
Objek yang ditemukan di dalam longkang itu adalah sebutir bom Mortar Practice 40 MM berwarna putih yang kebiasaannya digunakan dalam latihan ketenteraan. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Sebutir bom lama yang dijumpai orang awam ketika menjalankan kerja-kerja pembinaan di Jalan Taman Pusat Kepong, di sini tengah hari Isnin tidak lagi aktif dan berbahaya.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata perkara itu disahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam pada 12.30 tengah hari tadi, berkaitan penemuan objek dipercayai sebutir bom lama.
"Pegawai UPB mengesahkan objek yang ditemukan di dalam longkang itu adalah sebutir bom Mortar Practice 40 MM berwarna putih yang kebiasaannya digunakan dalam latihan ketenteraan, dipercayai ketika perang dunia kedua.
"Bom itu telah dibawa ke Cawangan Persenjataan IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
Beh berkata orang ramai diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul menerusi talian 03-40482222 sekiranya menjumpai sebarang objek yang mencurigakan dan tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Orang ramai juga dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Unit Pemusnah Bom
#bom lama
#Jalan Taman Pusat Kepong
#bom Mortar Practice 40 MM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan