Seorang pemandu jengkaut terkejut setelah mengetahui sebutir bom lama yang dijumpainya di sebuah kawasan belukar di Kampung Seri Bandi, dekat sini, pada petang Khamis sebenarnya masih aktif.
Zukifli Jusoh, 36, menjumpai objek berkenaan kira-kira pukul 7 petang ketika berhenti rehat sebentar di tepi jalan berhampiran kawasan belukar sebelum terlihat satu objek separuh tertanam dalam tanah di tepi jalan berkenaan.
Katanya tanpa berfikir panjang beliau mengambil objek itu dan bawa pulang ke rumah kerana menyangkakan objek yang ditemuinya itu besi buruk namun selepas diteliti serta mendapat bantuan penduduk kampung, mereka menasihatkan agar besi buruk itu dikembalikan ke tempat asal.
"Curiga dengan objek berkenaan, kira-kira pukul 12 tengah hari Jumaat saya ambil keputusan meletakkan kembali objek itu ke tempat asalnya sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
"Namun tidak beberapa lama kemudian, saya sangat terkejut apabila pihak polis memaklumkan objek yang saya sangka besi buruk biasa rupanya sebutir bom yang masih aktif," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Zulkifli berkata beliau bernasib baik kerana tidak mengetuk objek sebesar lengan itu untuk mendapatkan tembaga yang berkualiti padanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan penemuan bom terbabit petang Jumaat dan tindakan segera telah diambil bagi memusnahkan bom lama itu.
Katanya pihak polis tidak menolak kemungkinan bom lama itu telah digugurkan oleh kapal terbang perang pada satu masa dahulu.
Bernama
Sun Apr 20 2014

Pegangan saham asing kekal melebihi 20 peratus - Abdul Wahid
Abdul Wahid percaya jika ekonomi bertambah baik dan PLC mencatatkan prestasi yang baik, peratusan pegangan saham akan mula pulih.

Tiga rentung kebakaran rumah di Sandakan
Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Isu LCS: Satu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan - Asyraf Wajdi
Ia adalah dokumen laporan forensik audit mengenai kelewatan memperoleh kapal berkenaan.

Rusia-Malaysia | Rusia kerjasama mengantarabangsakan Bahasa Melayu
Rusia sedia memperhebatkan insiatif diperjuangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu. Antaranya melalui penyebaran Bahasa Melayu yang lebih meluas dalam kalangan warga Rusia di Malaysia. Ketua Russian House Di Kuala Lumpur, Svetlana Kovaleva berkata, perkara berkenaaan menjadi keutamaan pihaknya dalam merencanakan program di Pusat Kebudayaan dan Sains itu.

Kenderaan Elektrik | Jokowi mahu Tesla keluarkan di Indonesia
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mahu pembuat kenderaan elektrik (EV), Tesla mengeluarkan kereta dan baterinya di negara itu. Memetik Bloomberg News, Jokowi dilaporkan berkata Indonesia mahukan ekosistem besar kereta elektrik dan bukan hanya menggunakan sumber aslinya untuk membuat bateri.

Laporan WSJ | Cineworld bakal failkan bankrap
Pengendali rangkaian pawagam kedua terbesar di dunia, Cineworld Group sedang bersedia untuk memfailkan bankrap. Menurut laporan Wall Street Journal, ia hanya beberapa hari selepas memberi amaran kekurangan filem blokbuster yang akan menjejaskan kecairannya dalam tempoh terdekat.

Gelombang Panas | Kebakaran hutan di Sepanyol kembali marak
Kebakaran hutan di timur Sepanyol kembali marak dan memusnahkan sebahagian besar kawasan meskipun hujan lebat.

Jenayah | Wanita 81 tahun ditahan miliki dadah di lapangan terbang
Seorang wanita warga emas ditahan di Lapangan Terbang Warsaw, Poland kerana disyaki memiliki dadah secara haram. Pihak berkuasa Poland berkata warga Denmark berusia 81 tahun itu memiliki dadah jenis heroin bernilai lebih AS$515,000 dan dalam perjalanan dari Afrika ke Kanada.

Jenayah | Ancaman terhadap Ketua Hakim Negara disiasat segera
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan, sebarang elemen ugutan atau ancaman terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan disiasat dengan segera.

Konsert 'bertalu-talu' kerja gila - Pemuda Pas
Ahmad Fadhli Shaari berkata, penganjurannya akan menjemput kemurkaan Allah SWT.

Pegangan saham asing kekal melebihi 20 peratus - Abdul Wahid
Abdul Wahid percaya jika ekonomi bertambah baik dan PLC mencatatkan prestasi yang baik, peratusan pegangan saham akan mula pulih.

Tiga rentung kebakaran rumah di Sandakan
Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Isu LCS: Satu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan - Asyraf Wajdi
Ia adalah dokumen laporan forensik audit mengenai kelewatan memperoleh kapal berkenaan.

Rusia-Malaysia | Insiatif Rusia mengantarabangsakan Bahasa Melayu
Rusia sedia memperhebat insiatif diperjuangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu. Antaranya melalui penyebaran Bahasa Melayu yang lebih meluas dalam kalangan warga Rusia di Malaysia. Ketua Russian House Di Kuala Lumpur, Svetlana Kovaleva berkata, perkara berkenaaan menjadi keutamaan pihaknya dalam merencanakan program di Pusat Kebudayaan dan Sains itu.