awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Kinarut

Bernama
Bernama
26/02/2025
12:56 MYT
Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Kinarut
Pekerja pembersihan yang menyedari objek tersebut adalah bom lama yang tertimbus segera melaporkan penemuan itu di Balai Polis Kinarut. - Sinar Harian
PAPAR: Sebutir bom yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua jenis Unexploded Ordnance (UXO) dan disyaki masih aktif telah ditemukan di tapak pembinaan berdekatan Kilang Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut, semalam.
Ketua Polis Daerah Papar Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata bom berkenaan ditemukan oleh pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut pada pukul 1.30 tengah hari.
"Bom itu ditemukan ketika kerja mengorek tanah menggunakan jengkaut sedang dijalankan. Pekerja terbabit kemudian mengorek secara perlahan sehingga berjaya mengeluarkan objek berkenaan dari dalam tanah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya pekerja terbabit yang menyedari objek tersebut adalah bom lama yang tertimbus segera melaporkan penemuan itu di Balai Polis Kinarut.
Katanya sepasukan pegawai dan anggota polis segera dikerahkan ke lokasi bersama Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
"Beberapa jalan raya di kawasan berhampiran ditutup bagi mengelakkan orang awam melalui kawasan itu sementara persiapan dilakukan untuk memusnahkan bom tersebut secara terkawal di lokasi kejadian hari ini," katanya.
Beliau berkata Jabatan Kereta Api Negeri Sabah, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penerbangan, Sabah Electricity serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut memberikan kerjasama dan nasihat sebelum letupan dilaksanakan pada jam 10.30 pagi tadi.
"Saya menyeru masyarakat supaya segera menyalurkan maklumat kepada polis di talian 088-912222 atau balai polis berhampiran sekiranya menemui objek mencurigakan yang berpotensi membahayakan keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom
#Perang Dunia Kedua
#Kinarut
#tapak pembinaan
#polis
#Kilang Lok Kawi Plastic Industries
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan