NATIONAL

Bomba bantu ibu, anak tersepit jari pada rantai basikal

Bernama 12/04/2025 | 06:20 MYT
Pasukan bomba membantu melepaskan jari seorang wanita dan anaknya yang tersepit pada rantai basikal di Taman Merlimau Permai. -Sinar Harian
JASIN: Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memberikan bantuan bagi melepaskan jari seorang wanita bersama anaknya yang berumur enam tahun, yang tersepit pada rantai basikal di Taman Merlimau Permai di sini hari ini.


Ringkasan AI
  • Pasukan bomba membantu melepaskan jari seorang wanita dan anaknya yang tersepit pada rantai basikal di Taman Merlimau Permai.
  • Jari telunjuk kedua-dua mereka berjaya dikeluarkan dalam tempoh kira-kira lima minit, dan mereka dihantar ke klinik untuk rawatan.
  • Kejadian berlaku kerana keterujaan kanak-kanak melihat basikal baharu yang dibelikan ayahnya, dan ibunya cuba membantu tetapi jarinya pula tersepit.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Pegawai Bomba Kanan II Mohd Sufian Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira 9.39 pagi tadi.

"Jari telunjuk kedua-dua mereka berjaya dikeluarkan dalam tempoh kira-kira lima minit dan wanita berumur 32 tahun bersama anaknya itu kemudian dihantar ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan keterujaan kanak-kanak tersebut melihat basikal baharu yang dibelikan ayahnya.

"Ibunya cuba untuk membantu anaknya melepaskan jari tersebut daripada rantai basikal, namun jarinya pula yang tersepit," katanya.

-- BERNAMA



#jari tersepit rantai basikal #Taman Merlimau Permai #wanita dan anaknya #basikal baharu