awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba bantu turunkan 'si bulus' selepas dua hari terperangkap atas pokok sena

Aida Aziz
Aida Aziz
10/04/2022
03:50 MYT
Bomba bantu turunkan 'si bulus' selepas dua hari terperangkap atas pokok sena
Khidmat bomba diperlukan bagi menyelamatkan dan menurunkan seekor kucing jalanan yang sudah berada di atas sebatang pokok sena selama dua hari. -Astro AWANI
SUNGAI SIPUT: Khidmat bomba diperlukan bagi menyelamatkan dan menurunkan seekor kucing jalanan yang sudah berada di atas sebatang pokok sena selama dua hari, berdekatan Kampung Tersusun Sungai Buluh di sini.
Difahamkan kehadiran 'si bulus' di atas pokok berketinggian empat meter (15 kaki) itu disedari orang awam yang kebetulan berada di kawasan tersebut.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.45 pagi.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput menjalankan khidmat khas menyelamat kucing.
"Setibanya jentera di lokasi mendapati seekor kucing jantan telah berada di atas pokok sena.
"Berdasarkan maklumat daripada pemanggil, kucing itu sudah berada di situ selama dua hari.
"Difahamkan kucing itu tidak tahu cara untuk turun kerana pokok itu agak tinggi dan hanya menunggu di atas pokok.
"Ada orang yang sedar ia sudah ada di situ selama dua hari.
"Mujur masa anggota hendak turunkan (kucing) ia tidak agresif," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Jelasnya lagi, anggota bomba kemudiannya bertindak menggunakan tangga jentera bagi menurunkan kucing tersebut.
Operasi yang diketuai oleh PBK II Mohd Fauzi Hashim itu tamat pada jam 9.10 pagi.
Topic Berkaitan
#kucing atas pokok sena
#atas pokok selama dua hari
#Kampung Tersusun Sungai Buluh
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan