awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba cari empat lelaki dikhuatiri hilang di hutan Lahad Datu

Bernama
Bernama
12/05/2025
14:15 MYT
Bomba cari empat lelaki dikhuatiri hilang di hutan Lahad Datu
Sepasukan anggota bomba di lokasi kejadian bagi membantu menjalankan operasi mencari dan menyelamat. - Gambae JBPM
LAHAD DATU: Empat lelaki dikhuatiri hilang selepas masuk ke hutan di Tamaco, Tungku dekat sini apabila mereka gagal dihubungi sejak Khamis lepas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Tungku bagi bantuan mencari orang hilang di hutan berkenaan.
Berdasarkan laporan awal, beliau berkata pengadu memaklumkan sepupunya, Fendery Ani, 37, bersama tiga rakan lain masuk ke hutan itu pada 4 petang 8 Mei lepas untuk mencari hasil hutan namun hingga kini tidak dapat dihubungi.
"Mereka tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sumsoa berkata pengadu turut menghubungi penyelia dari Kem Cenderawasih di sini yang dikenali sebagai Sarjan Wan pada 2 petang semalam dan difahamkan Fendery sepatutnya bertugas ketika itu.
Beliau berkata sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
"Maklumat tiga rakan Fendery belum diperoleh dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#lokasi kejadian
#gagal dihubungi
#laporan awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan