Bomba guna trak bawa lelaki obes ke hospital

Astro Awani
September 21, 2016 13:47 MYT
Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil untuk membantu mengangkat seorang lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan di Sibu Sarawak pada pagi Selasa. -Foto JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak terpaksa menggunakan trak untuk memindahkan pesakit dengan berat berlebihan.
Penolong Pengarah Operasinya Farhan Sufyan Borhan berkata khidmat bomba terpaksa digunakan selepas van ambulans yang digunakan tidak dapat memuatkan lelaki berkenaan.
Panggilan diterima kira kira jam 11 pagi.
Bomba kemudiannya mengerahkan empat anggota untuk membantu mengangkat mangsa menggunakan lori.
Pesakit itu, Sia Chee Herng, 33 tahun, yang mempunyai berat badan 250 kilogram dipindahkan dari rumahnya di Ulu Sungai Merah ke Hospital Sibu.
Selain obesiti, Chee Herng turut mengalami pelbagai masalah kesihatan yang lain.
#Bomba Sarawak #Farhan Sufyan Borhan #pesakit obes #Sia Chee Herng