awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba hantar makanan kepada Orang Asli terperangkap banjir di Rompin

Azee Shafy
Azee Shafy
04/03/2023
16:35 MYT
Bomba hantar makanan kepada Orang Asli terperangkap banjir di Rompin
Sebanyak 1,400 kilogram bekalan makanan dihantar dalam keadaan cuaca hujan renyai dan berawan rendah. - Foto JBPM
KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan helikopter bagi penghantaran bekalan makanan kepada penduduk Orang Asli yang terperangkap akibat banjir, di tiga kampung di Rompin, pada Sabtu.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, tiga kampung terbabit ialah Kampung Tanah Runtuh, Kampung Jubau dan Kampung Mentelong.
"Operasi tersebut menggunakan helikopter AW139 yang berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Utara JBPM, Pulau Pinang ke Institut Latihan Perindustrian Muadzam Shah, di Rompin.
"Pasukan Bomba melaksanakan tugas khidmat pengangkutan udara bagi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir yang terperangkap di tiga kampung tersebut.
"Sebanyak 1,400 kilogram bekalan makanan dihantar dalam keadaan cuaca hujan renyai dan berawan rendah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Bagaimanapun, Zulfadli memberitahu, operasi menghantar bantuan bekalan makanan ke Kampung Tanah Runtuh dan Kampung Jubau berjalan dengan lancar seperti yang dirancang tetapi operasi ke Kampung Mentelong terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca.
Operasi itu dibantu kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Orang Asli dan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah.
"Operasi yang bermula pada jam 11 pagi itu berakhir jam 5 petang," katanya.
Topic Berkaitan
#BBP
#banjir
#tanah runtuh
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan