awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba jalan kaki 1km padam kebakaran di Menggatal

Bernama
Bernama
09/03/2024
14:37 MYT
Bomba jalan kaki 1km padam kebakaran di Menggatal
Menurut Hamsa, empat rumah atas air musnah dalam kebakaran itu, manakala dua rumah terbakar 10 peratus dan tiga lagi rumah berjaya diselamatkan menggunakan air paip terbuka di kawasan berhampiran. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu serta BBP Lintas terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer sebelum dapat memulakan operasi memadam kebakaran di Kampung Saga, Menggatal, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Hamsa Isnurdini berkata dalam kejadian pada 11 pagi tadi, pasukan bomba yang menuju ke tempat kejadian mendapati tiada laluan untuk jentera bomba masuk ke lokasi tersebut.
Beliau berkata ini menyebabkan pasukan bomba yang terdiri 12 anggota daripada BBP Kota Kinabalu dan lapan anggota daripada BPP Lintas terpaksa berjalan kaki membawa peralatan diperlukan.
Menurutnya empat rumah atas air musnah dalam kebakaran itu, manakala dua rumah terbakar 10 peratus dan tiga lagi rumah berjaya diselamatkan menggunakan air paip terbuka di kawasan berhampiran.
"Seorang lelaki bernama Dadin berusia 40-an yang melecur di bahagian muka dalam kebakaran itu dihantar ke hospital, manakala seorang lagi lelaki juga berusia 40-an yang cedera di bahagian tangan dirawat di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Hamsa berkata api berjaya dikawal pada 11.15 pagi dan operasi ditamatkan pada 12.06 tengah hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#melecur
#bahagian muka
#pasukan bomba
#air paip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan