MALAYSIA
Bomba Johor lancar operasi susulan pencemaran bau kimia di Pasir Gudang

Pasukan HAZMAT melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan menyeluruh di kawasan kilang bagi memastikan tiada lagi risiko pencemaran serta keadaan berada dalam keadaan selamat. - Gambar/ JBPM
PASIR GUDANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor melaksanakan operasi susulan berhubung insiden pencemaran bau kimia di sebuah kilang di Jalan Platinum di sini, malam tadi, yang melibatkan tiga mangsa.
Ringkasan AI
- Tiga mangsa terlibat dalam insiden pencemaran bau kimia yang berlaku malam tadi, namun maklumat lanjut tidak diperoleh kerana mereka telah dibawa oleh KKM sebelum pasukan bomba tiba.
- Pasukan HAZMAT JBPM Johor menjalankan pemeriksaan menyeluruh dengan peralatan khas dan mendapati kepekatan gas hidrogen sulfida berada pada tahap 8.9 ppm; kerja ventilasi dan fogging turut dilaksanakan.
- Operasi melibatkan 13 anggota bomba dengan dua jentera, ditamatkan pada 3.37 pagi selepas bacaan udara kembali normal dan kawasan disahkan selamat.
"Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai mangsa tidak dapat diperoleh kerana mereka telah dibawa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pasukan bomba tiba," menurut kenyataan itu.
Pasukan HAZMAT melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan menyeluruh di kawasan kilang bagi memastikan tiada lagi risiko pencemaran serta keadaan berada dalam keadaan selamat.
Seramai tiga anggota bersama seorang juruteknik kilang memasuki premis untuk pemeriksaan berkala dengan dilengkapi Peralatan Perlindungan Diri (PPE) penuh, satu unit Gas Mate dan dua unit GFG Gas Detector.
Hasil pemantauan mendapati kepekatan gas hidrogen sulfida berada pada tahap 8.9 ppm.
Selain itu, PKO turut menjalankan kerja ventilasi menggunakan kipas khas milik kilang serta melaksanakan semburan fogging dengan satu aliran salur bantu meliputi keluasan 10 x 10 meter persegi.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.37 pagi selepas bacaan udara di kawasan kejadian kembali normal.
Operasi berkenaan melibatkan 13 anggota JBPM dengan kekuatan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan RRV.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami