awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azizulhasni raih emas acara pecut elit siri trek ASEAN
Pelabuhan Tanjung Pelepas pecah rekod kendali 14 juta TEU pada 2025
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 8 hingga 14 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba keluarkan warga emas meninggal dunia dalam rumah berkunci

Aida Aziz
Aida Aziz
23/04/2025
22:30 MYT
Bomba keluarkan warga emas meninggal dunia dalam rumah berkunci
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian. - Foto JBPM Perak
LARUT: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya yang berkunci dekat Rancangan Felda Ijok, Selama di sini petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung mangsa yang terperangkap di dalam rumah berkenaan pada 6.24 petang.
Katanya lagi, mangsa berusia 60 tahun itu ditemui terbaring di ruang tamu rumah berkenaan, setelah pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu.
"Enam orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Selama ke lokasi dan tiba jam 6.44 petang.
"Ketua operasi melakukan size-up dan mengarahkan anggota membuka pintu dengan menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Beliau menambah, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan susulan.
Topic Berkaitan
#warga emas
#meninggal dunia
#rumah berkunci
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan