awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba Kuala Lumpur sasar lebih 4,000 FSM, FSO menjelang 2026

Bernama
Bernama
13/07/2024
07:47 MYT
Bomba Kuala Lumpur sasar lebih 4,000 FSM, FSO menjelang 2026
Rozihan meluangkan masa melawat reruai pada Kursus ‘Building Fire Safety: Regulations’ hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menyasarkan lebih 4,000 Fire Safety Manager (FSM) dan Fire Safety Officer (FSO) menjelang tahun 2026, di bawah penubuhan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK).
Pemangku Pengarah JBPM Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat berkata FSM dan FSO dilantik oleh pemilik, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas premis ditetapkan di bawah penubuhan OKK susulan penguatkuasaan pindaan 2021 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).
Beliau berkata peranan utama FSM dan FSO yang dilantik adalah untuk melakukan pemeriksaan berkaitan keselamatan kebakaran di premis ditetapkan dan sebagai 'first responder' sekiranya kebakaran tercetus di sesebuah premis.
"Ini bermakna penguatkuasaan penuh akan dilakukan pada tahun 2026 dengan 1,064 premis ditetapkan akan mempunyai seorang FSM dan tiga FSO. Segala tugas pemeriksaan berkaitan sistem keselamatan kebakaran dilakukan mereka.
"Jika berlaku kebakaran, OKK atau FSO dan FSM ini akan berusaha untuk memadam kebakaran atau mengosongkan premis sebelum bomba tiba," katanya selepas hadir program Kursus 'Building Fire Safety: Regulations' bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) JBPM Kuala Lumpur Tahun 2024 di Kompleks Kuarters JBPM, hari ini.
Seramai 141 peserta terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa di dalam pertubuhan MPP, MC dan JMB di seluruh ibu negara menyertai kursus ini, yang dianjurkan bagi tujuan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran keselamatan kebakaran kepada masyarakat.
Program ini juga diadakan bagi meningkatkan kesedaran berkenaan penglibatan komuniti dalam menubuhkan pasukan bomba komuniti di kawasan kediaman masing-masing.
Rozihan berkata lantikan FSM dan FSO di bawah OKK ini juga mendapatkan perakuan oleh pihak bomba bagi menunjukkan individu terbabit layak memegang posisi dan menjalankan tugas dalam premis ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bomba Kuala Lumpur
#Fire Safety Manager
#Fire Safety Officer
#Organisasi Keselamatan Kebakaran
#Rozihan Anwar Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan