Bomba paksa ular sawa hampir 6 meter muntahkan bangkai kambing

Astro Awani
Oktober 16, 2019 10:09 MYT
Ketika bomba sampai di lokasi ular terbabit sedang cuba menelan seekor kambing dewasa. - Foto JBPM
Seekor ular sawa berukuran hampir enam meter berjaya ditangkap di dalam kandang kambing di Kampung Muhibah, Peserai, Batu Pahat.
Pegawai Bomba Kanan II, Ridwan Gembur berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9 pagi dari pengusaha ternakan kambing terbabit.
Katanya ketika sampai di lokasi ular terbabit sedang cuba menelan seekor kambing dewasa.
"Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) batu Pahat digerakkan ke lokasi.
"Pihak bomba terpaksa menganggu ular tersebut untuk memuntahkan bangkai kambing kerana penjerut ular tersebut tidak muat untuk menjerut ular.
"Setelah selamat ular tersebut ditangkap dengan menggunakan penjerut ular. Pihak bomba mengambil masa 20-25 minit untuk menunggu ular tersebut memuntahkan dan menangkap semula ular tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Ridwan, ular sawa itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhilitan.
#Balai Bomba dan Penyelamat #Batu Pahat #bomba #kandang kambing #Perhilitan #telan kambing #ular