MALAYSIA
Bomba pantau rapi banjir di Sepang susulan hujan berterusan
Beberapa kawasan berisiko mengalami banjir sepas hujan berterusan sejak malam tadi. - Gambar fail
SEPANG : Pasukan bomba di Selangor sedang menjalankan pemantauan rapi di beberapa kawasan berisiko di Sepang selepas hujan berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa lokasi dinaiki air.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota digerakkan lebih awal ke kawasan tumpuan bagi menilai paras air dan memastikan keselamatan penduduk.
“Pemantauan dilakukan di Kampung Labu Lanjut, Pintu Kunci Air Labu Lanjut, Kampung Pinang Sebatang serta kawasan terjejas di Kampung Salak Sepang,” katanya.
Menurut JBPM Selangor, dua kampung mencatat kenaikan air iaitu Kampung Salak Sepang dan Kampung Chingchang, dengan beberapa rumah turut terkesan.
Di Kampung Chingchang, enam kediaman dilapor dinaiki air, manakala pasukan bomba turut menyelamatkan dua warga emas , seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 80-an sebelum memindahkan mereka ke lokasi selamat.
Sementara itu, paras air di Kampung Salak Sepang direkodkan sekitar 0.2 meter.
“Kerja-kerja pemantauan di kawasan sekitar sedang dilakukan oleh pihak bomba,” tambah Ahmad Mukhlis.