awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
OIC akan adakan mesyuarat luar biasa mengenai Somalia pada Sabtu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota

Bernama
Bernama
05/04/2024
03:10 MYT
Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota
Sayani berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu. - Foto fail/BERNAMA
IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak membekukan 70 peratus cuti pegawai dan anggota bomba di negeri itu bagi menghadapi sebarang kecemasan dan kebakaran sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Pengarahnya JBPM Perak Sayani Saidon berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.
Beliau berkata sebagai persediaan dalam menghadapi kemungkinan sebarang malapetaka terutama kebakaran, ketika ini pihaknya telah meningkatkan pemeriksaan di pusat beli-belah, hotel dan inap desa.
"Sehingga kini 174 pemeriksaan menghapuskan bahaya kebakaran membabitkan ketiga-tiga premis berkenaan telah dilaksanakan, kerana ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai semasa musim perayaan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Dan Berbuka Puasa Bersama Media Perak di Ibu Pejabat JBPM Negeri di sini malam tadi.
Sementara itu Sayani berkata JBPM negeri akan menempatkan anggota dan jentera di Plaza Tol Tapah, Kuala Kangsar dan Kamunting di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di negeri ini dari 8 sehingga 13 April ini sempena musim perayaan.bagi tujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan atau kemalangan di lebuh raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Cuti dibekukan
#Aidilfitri
#Sayani Saidon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan