NATIONAL
Bomba perlu dapat laporan struktur sebelum kerja menyelamat - Zuraida

Pasukan bomba perlu mendapatkan pelan struktur sesebuah kawasan daripada PBT sebelum turun menjalankan kerja penyelamatan. -Gambar fail/Bernama
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menetapkan satu prosedur operasi standard (SOP) bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam menjalankan operasi penyelamatan di air.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata pasukan bomba perlu mendapatkan pelan struktur sesebuah kawasan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum turun menjalankan kerja penyelamatan mangsa di dalam air.
"Sebab itu, di masa hadapan, sebelum bomba turun buat kerja penyelamatan, perlu pergi ke PBT ambil pelan struktur longkang atau sungai supaya tahu struktur sama ada landai, ada batu atau lumpur," kata Zuraida.
Susulan kejadian, satu mesyuarat post-mortem bersama JBPM akan diadakan dalam tempoh terdekat sebelum laporan dapat dibentang kepada jemaah menteri.
Sementara itu, beliau berjanji untuk memperjuangkan elaun kritikal bagi anggota bomba yang bertugas dalam situasi berisiko.
Walaupun ada pandangan yang mendakwa elaun Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) rendah, namun elaun dan skim tambahan lain turut diperoleh oleh pasukan bomba.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami