awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamat pasangan remaja sesat daki bukit di Cherok Tok Kun

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
03/11/2021
14:52 MYT
Bomba selamat pasangan remaja sesat daki bukit di Cherok Tok Kun
Pasangan remaja lelaki dan perempuan berusia 20 tahun itu berjaya dibawa turun ke kaki bukit pada jam 7.30 malam selepas tersesat hampir enam jam. - Gambar/ JBPM
BUKIT MERTAJAM: Dua pendaki yang sesat ketika mendaki di Taman Rimba Bukit Cherok Tok Kun, di sini, berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang (JBPM) petang Rabu.
Pasangan remaja lelaki dan perempuan berusia 20 tahun itu berjaya dibawa turun ke kaki bukit pada jam 7.30 malam selepas tersesat hampir enam jam.
Menurut kenyataan JBPM, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada mangsa pada jam 1.09 tengah hari.
Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam dan BBP Penanti kemudian dihantar ke lokasi.
"Mereka dapat dihubungi melalui panggilan telefon dan usaha menyelamat mereka segera dilakukan selepas mangsa menghantar lokasi mereka melalui aplikasi WhatsApp," katanya.
Katanya, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Topic Berkaitan
#remaja sesat
#hiking
#ceruk tok kun
#mendaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan