awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan 12 termasuk lima kanak-kanak terperangkap arus sungai deras

Bernama
Bernama
20/07/2025
15:30 MYT
Bomba selamatkan 12 termasuk lima kanak-kanak terperangkap arus sungai deras
Operasi disertai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam bersama dua jentera itu tamat sepenuhnya pada 9.38 malam.
ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan 12 individu termasuk lima kanak-kanak yang terperangkap akibat arus sungai deras di sebuah dusun di Changlun, dekat Kubang Pasu, hari ini
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terdapat mangsa terperangkap di kawasan hutan berkenaan dan tidak dapat menyeberangi sungai akibat arus sungai deras pada 8.24 malam tadi.
"Setibanya di lokasi, terdapat empat keluarga yang terdiri daripada dua lelaki, lima wanita, dua kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan yang terperangkap di seberang sungai dan tidak dapat menyeberanginya akibat arus yang deras.
"Anggota bomba telah menggunakan tali untuk membawa kesemua mangsa ke seberang dengan selamat berikutan air sungai yang semakin surut. Semua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Operasi disertai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam bersama dua jentera itu tamat sepenuhnya pada 9.38 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#mangsa terperangkap
#sungai deras
#Changlun
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan